About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anak-anak zaman "now"

      Kita kerap kali mendengar keluhan mak ayah tentang perangai anak-anak mereka. "Budak-budak sekarang ni degillah cikgu! asyik dengan gadget jer. Belajar pun malas..Kalau kita mintak tolong buat kerja-kerja rumah, ada jer alasan mereka." Itulah antara luahan hati mak-mak zaman sekarang. Zaman "now" katanya.. 

     Aku memang tidak menafikannya..kerana sebagai seorang ibu yang mempunya anak dara adakalanya aku juga "geram" atas tindak tanduk mereka.  Dahlah mak ayah sekarang sibuk dengan urusan kerja mereka, kesuntukan masa, kerja bertimbun. Balik ke rumah anak-anak pula buat hal..maka mudahlah marah-marah..lepas tu rasa bersalah yang amat sangat. Tapi perasaan tu sekejap jelah..rasa ketidak sabaran itu akan berulang dan terus berulang..hingga ada yang rasa "give up" dalam mendidik anak-anak mereka.

Zamankah yang salah? atau kita yang tidak mengikut peredaran zaman? kenapa zaman mak ayah kita, anak ramai pun tak menjadi masalah? Adakah anak-anak zaman dulu baik-baik belaka? 

     Maya sendiri dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai adik beradik yang ramai iaitu 7 orang. Kehidupan ketika Maya di zaman kanak-kanak mungkin tidak semewah dan sesenang anak-anak sekarang. Segalanya haruslah berbahagi dengan adil..baik pakaian, makanan, tugasan dan sebagainya. Ironinya ketika itu semuanya patuh dan akur dan tiada yang membantah. Mungkinkah sebab ayah Maya seorang yang tegas terhadap anak-anaknya? atau kami takut jika terpaksa menerima hadiah istimewa "rotan" jika mengatakan tidak pada arahan yang diberikan? Entahlah, Maya pun kurang pasti ketika itu..yang pasti perbuatan membantah cakap orang tua merupakan satu kesalahan besar buat seorang anak pada zaman itu. Nak jadi anak derhaka ke? Syurga itu terletak di telapak kaki ibu.. 

     Tidak ada istilah bangun lewat pada zaman itu. Beranilah nak buat..Ayah Maya akan membuka daun tingkap seluaas-luasnya jika ada antara anaknya yang cuba-cuba menyambung tidur selepas subuh. Silau matahari menerjah ke muka..mana maunya tidur. "Nak jadi apa bangun lewat? Rezeki semua lari..Itulah kata-kata yang sering diulang oleh ayah Maya ketika itu. Akhirnya kami terbiasa untuk tidak tidur lagi selepas subuh..sehinggalah di usia aku sekarang. Begitulah berkesannya didikan ayahku..

Sabar Itu Indah Sahabat

      "Sabarlah! sabarlah! Sabarlah! awak sabar yer Shiha..hanya itu yang mampu aku katakan jika dia meluahkan rasa hatinya padaku..apalah dayaku untuk membantu dalam pemasalahan yang dihadapinya". Maafkan aku Shiha..Benarlah kata pepatah..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Hanya insan-insan yang terpilih mampu menanggungnya.Tentang masalah hidup sebagai sebuah ujian ini, ingatlah bahwa Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuannya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

     Dalam hidup ini sahabat..tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian. Cuma bentuk ujian yang menimpa diri seseorang itu berbeza-beza bagi setiap orang. Ada yang Allah berikan ujian kecil, ada pula ujiannya besar. Ada yang Allah pendekkan ujiannya dan ada juga yang berlarutan. Malah ada juga yang ujiannya datang bertimpa-timpa tanpa henti seperti awak. Adakalanya airmata ini menitis mengenangkan semua ujian yang awak hadapi. Kalaulah ujian itu boleh dipikul dan dikongsi bersama..ingin rasanya aku mengambil sebahagian daripada bebananmu sahabat. 

     Seberat manapun ujian ,masalah dan dugaan yang kita alami, pastinya ada hikmah di sebalik ujian tersebut sahabat..yakinlah..janji Allah itu benar.  Aku bukan seorang ustazah yang layak untuk memberi tazkirah kepadamu..tapi sebagai seorang yang suka membaca dan mempunyai sedikit ilmu, aku tahu ketika Allah tarik nikmat yang ada, ingatlah Allah tidak tarik kesemua nikmatnya. Jika dihitung yang masih kita nikmati itu sebenarnya lebih banyak daripada yang ditarik. Betulkan sahabat?

      Aku juga pernah diberikan ujian dalam mengharungi kehidupan ini. Cuma ujian aku mungkin tidak sebesar yang awak hadapi Shiha. Aku sentiasa pegang kata-kata ini.."Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak melakukan dosa sama ada dosa-dosa kecil atau besar. Oleh itu, Allah turunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya. Sekiranya kita bersyukur maka Allah hapuskan dosa-dosa kita itu." Kita akan rasa lebih tenang jika kita sentiasa bermuhasabah diri atas semua ujian yang diterima.

Ujian bukan sahaja dirasai oleh orang yang lemah dan miskin, ia juga boleh melanda orang yang kaya dan kuat. Itulah fitrah kehidupan yang ditentukan Allah SWT sahabat. Sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya ujian dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pasti awak dapat merasakannya saat ini kan sahabat.Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolongan selain kepada Allah SWT.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku coretkan di sini sahabat..seperti mana permintaanmu pada aku. "Maya buatlah cerpen tentang kisah hidup saya..mesti panjangkan". Aku hanya mampu tersenyum. Senyum yang aku sendiri tak pasti..maniskah? pahitkah? Semoga apapun jenis senyuman aku itu..ia menjadi satu sedekah..kerana aku memang benar-benar ikhlas sahabat :-)

Inshaallah, selagi jari-jemari aku ini masih mampu dan kuat mengetuk 'keyboard' tua ini..aku akan terus berkarya kerana terlalu banyak "cerita" di celah-celah kehidupan yang kita lalui.


Kerenah Anak Muridku

"Cikgu Maya..buatlah cerpen kisah kami!, kami nak baca! Jerit anak-anak muridku yang terkenal dengan mulut becok dan membawanganya. Siapa lagi kalau bukan Si Jiha, Balqish, Husna, Syakila dan Izzati."Eh,awak ada cerita best ke? Kisah pak we ke? " Aku saja mengusik mereka. "Eeii cikgu ni..mana kami ada pak we! "Eh, tak ada ke? Bukan awak selalu membawang kisah pak we ke bila ada je masa terluang?", saja aku terus menyakat mereka.
    Sebenarnya hari ini merupakan hari pertama mereka diberikan peluang untuk berehat sepenuhnya setelah bertungkus lumus menjawab soalan UPSR yang baru saja berlalu semalam. Sambil melayari internet di bilik komputer aku bersembang-sembang santai dengan mereka. Sebagai pelajar yang sedang meningkat remaja mereka begitu seronok jika diajak bersembang tentang hal-hal yang berlaku di persekitaran mereka. Bersambung...

Antara angan-angan dan Impian

"Dulu saya minat sangat menulis cerpen. Kalau ada masa terluang pasti jari-jemari ini ligat menari di papan kekunci",entah mengapa tiba-tiba topik berkaitan blog menjadi perbualan aku dengan Cikgu Shiha kelmarin. Macam-macam blog aku ada..blog resipi,blog kerjaya,blog zaman sambung belajar dan juga  blog hasil karya. Dalam banyak-banyak blog, blog hasil karyalah yang paling aktif ketika itu. Pantng ada peristiwa yang berlaku di sekolah, pasti akan aku jadikan telenova. Walaupun ada tokok tambah dan nama-nama watak yang ditukar namun jalan cerita adalah berpijak di bumi nyata. Senang cerita kisah benarlah...

Namun dengan kemunculan media-media sosial seperti FB,Twitter,Telegram,Whatsapp  dll telah membunuh zaman kegemilangan blog atau website satu ketika dulu. Orang-orang muda atau generasi Y sekarang lebih berminat untuk berbicara terus di ruang-ruang sembang secara langsung dan terbuka. Mereka bukan lagi generasi yang suka meluahkan perasaan di blog yang belum tentu ada pembacanya. Tiada istilah bahasa kiasan atau lantunan bicara yang indah yang digunakan dalam mesej-mesej mereka. Adakalanya aku sendiri tidak faham bila membacanya, Carca marba sehingga hilang kesantunan dan keindahan bahasa melayu itu sendiri.

Panjang pulak cerita aku. Cikgu Shiha hanya melontarkan senyumannya yang menawan. Entah senyum seronok mendengar celoteh aku atau mungkin dia berharap sangat aku cepat-cepat bertukar ke topik yang lain. "Awak bosan ke dengar cerita saya?,aku cuba menduga. "Eh,taklah...seronok apa. Ceritalah lagi apa yang awak tulis",ujarnya lagi. "Semua tu dah jadi kenangan Shiha. Saya dah lama sangat tidak mengarang. Sejak berpindah-pindah sekolah, ruang masa terasa begitu padat sehingga  saya tidak lagi menghasilkan sebarang karya. Walaupun di benak kepala dan di sudut sanubari saya ini tersimpan seribu macam cerita dan peristiwa, namun hingga ke saat ini  saya tidak mampu lagi untuk mengarapnya menjadi cerpen,puisi  dan sebagainya.

"Awak tulislah lagi. Mesti banyak kisah yang awak boleh jadikan cerpen sejak mengajar di sekolah inikan?, Shiha seakan cuba menaikkan semangat aku." Entahlah Shiha...minat tu memang sentiasa ada,cuma masa sering menjadi kekangan..". Mungkin juga saya boleh bermula dengan kisah awak Shiha!, aku tiba-tiba melontarkan ayat itu penuh semangat. "Haaa, kisah saya???, terkejut beruk Shiha mendengarnya. "Yelah, awak kan banyak cerita sejak menjadi Guru Besar di sekolah ini, sambung aku lagi. "Kisah awak tu boleh buat novel tau. Silap haribulan boleh kaya saya..hihi", aku tergelak ketika menuturkan kata-kata tersebut. "Wah, kalau awak dah kaya,jangan lupa saya pula. Saya kan watak utama..royalti mesti besar..hahaha", tergelak besar dia. "Itu dah mesti...", aku jawab seraya tertawa.

Tanpa sedar kerana terlalu asyik bersembang, kami sudah sampai ke destinasi yang dituju. Cerita kami tamat di situ..umpama angan-angan Mat Jenin. Tapi siapa tahukan..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu..

Aku juga sering berkata kepada murid-muridku, kadang kala kita perlu memasang angan-angan untuk berjaya. Tapi janganlah asyik nak berangan jer..usahanya tiada. Bak kata Seniman P.Ramlee,habuk pun tarak.


Terbiar Sepi..

Sudah hampir setahun blog ini terbiar tanpa sebarang coretan. Entah mengapa semangat ingin berkarya seakan hilang. Jari-jemari ini terasa berat untuk menaip dan menitipkan sesuatu di sini. Setiap kali Maya cuba untuk berkarya..setiap kali itu juga 'mood' itu hilang tiba-tiba. Dunia penulisan yang sememangnya menjadi minat Maya selama ini ,seakan hilang daya tarikannya. Semuanya menjadi lesu..tidak bermaya..