Kita kerap kali mendengar keluhan mak ayah tentang perangai anak-anak mereka. "Budak-budak sekarang ni degillah cikgu! asyik dengan gadget jer. Belajar pun malas..Kalau kita mintak tolong buat kerja-kerja rumah, ada jer alasan mereka." Itulah antara luahan hati mak-mak zaman sekarang. Zaman "now" katanya..
Aku memang tidak menafikannya..kerana sebagai seorang ibu yang mempunya anak dara adakalanya aku juga "geram" atas tindak tanduk mereka. Dahlah mak ayah sekarang sibuk dengan urusan kerja mereka, kesuntukan masa, kerja bertimbun. Balik ke rumah anak-anak pula buat hal..maka mudahlah marah-marah..lepas tu rasa bersalah yang amat sangat. Tapi perasaan tu sekejap jelah..rasa ketidak sabaran itu akan berulang dan terus berulang..hingga ada yang rasa "give up" dalam mendidik anak-anak mereka.
Zamankah yang salah? atau kita yang tidak mengikut peredaran zaman? kenapa zaman mak ayah kita, anak ramai pun tak menjadi masalah? Adakah anak-anak zaman dulu baik-baik belaka?
Maya sendiri dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai adik beradik yang ramai iaitu 7 orang. Kehidupan ketika Maya di zaman kanak-kanak mungkin tidak semewah dan sesenang anak-anak sekarang. Segalanya haruslah berbahagi dengan adil..baik pakaian, makanan, tugasan dan sebagainya. Ironinya ketika itu semuanya patuh dan akur dan tiada yang membantah. Mungkinkah sebab ayah Maya seorang yang tegas terhadap anak-anaknya? atau kami takut jika terpaksa menerima hadiah istimewa "rotan" jika mengatakan tidak pada arahan yang diberikan? Entahlah, Maya pun kurang pasti ketika itu..yang pasti perbuatan membantah cakap orang tua merupakan satu kesalahan besar buat seorang anak pada zaman itu. Nak jadi anak derhaka ke? Syurga itu terletak di telapak kaki ibu..
Tidak ada istilah bangun lewat pada zaman itu. Beranilah nak buat..Ayah Maya akan membuka daun tingkap seluaas-luasnya jika ada antara anaknya yang cuba-cuba menyambung tidur selepas subuh. Silau matahari menerjah ke muka..mana maunya tidur. "Nak jadi apa bangun lewat? Rezeki semua lari..Itulah kata-kata yang sering diulang oleh ayah Maya ketika itu. Akhirnya kami terbiasa untuk tidak tidur lagi selepas subuh..sehinggalah di usia aku sekarang. Begitulah berkesannya didikan ayahku..

0 comments:
Post a Comment