About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Silat Gayong

Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya. Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang diasaskan oleh Dato' Meor Rahman, cucu kepada Daeng Kuning yang digelar 'Mahaguru' oleh penuntut silat gayong. Antara mereka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.

Semangat yang terperam..

Mungkin agak terlewat untuk Maya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012..Terlalu banyak kekangan yang menanti di awal2 tahun ini..kesibukan yang  seakan tiada berpenghujung sehingga Maya tidak berkesempatan menjengok dan menitipkan sebarang catatan di sini..Adakalanya semangat begitu berkobar-kobar untuk berkarya namun akhirnya terperam begitu sahaja apabila banyak lagi komitmen lain yang perlu diselesaikan segera..

Di kesempatan yang singkat ini, Maya ingin mengucapkan terima kasih pada mereka yang menghantar email..Ribuan kemaafan andai Maya agak terlewat membalasnya.. InsyaAllah jika diberikan kesihatan dan masa..Maya akan terus berkarya..Terima kasih kerana terus menyokong..