About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabar Itu Indah Sahabat

      "Sabarlah! sabarlah! Sabarlah! awak sabar yer Shiha..hanya itu yang mampu aku katakan jika dia meluahkan rasa hatinya padaku..apalah dayaku untuk membantu dalam pemasalahan yang dihadapinya". Maafkan aku Shiha..Benarlah kata pepatah..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Hanya insan-insan yang terpilih mampu menanggungnya.Tentang masalah hidup sebagai sebuah ujian ini, ingatlah bahwa Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuannya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

     Dalam hidup ini sahabat..tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian. Cuma bentuk ujian yang menimpa diri seseorang itu berbeza-beza bagi setiap orang. Ada yang Allah berikan ujian kecil, ada pula ujiannya besar. Ada yang Allah pendekkan ujiannya dan ada juga yang berlarutan. Malah ada juga yang ujiannya datang bertimpa-timpa tanpa henti seperti awak. Adakalanya airmata ini menitis mengenangkan semua ujian yang awak hadapi. Kalaulah ujian itu boleh dipikul dan dikongsi bersama..ingin rasanya aku mengambil sebahagian daripada bebananmu sahabat. 

     Seberat manapun ujian ,masalah dan dugaan yang kita alami, pastinya ada hikmah di sebalik ujian tersebut sahabat..yakinlah..janji Allah itu benar.  Aku bukan seorang ustazah yang layak untuk memberi tazkirah kepadamu..tapi sebagai seorang yang suka membaca dan mempunyai sedikit ilmu, aku tahu ketika Allah tarik nikmat yang ada, ingatlah Allah tidak tarik kesemua nikmatnya. Jika dihitung yang masih kita nikmati itu sebenarnya lebih banyak daripada yang ditarik. Betulkan sahabat?

      Aku juga pernah diberikan ujian dalam mengharungi kehidupan ini. Cuma ujian aku mungkin tidak sebesar yang awak hadapi Shiha. Aku sentiasa pegang kata-kata ini.."Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak melakukan dosa sama ada dosa-dosa kecil atau besar. Oleh itu, Allah turunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya. Sekiranya kita bersyukur maka Allah hapuskan dosa-dosa kita itu." Kita akan rasa lebih tenang jika kita sentiasa bermuhasabah diri atas semua ujian yang diterima.

Ujian bukan sahaja dirasai oleh orang yang lemah dan miskin, ia juga boleh melanda orang yang kaya dan kuat. Itulah fitrah kehidupan yang ditentukan Allah SWT sahabat. Sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya ujian dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pasti awak dapat merasakannya saat ini kan sahabat.Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolongan selain kepada Allah SWT.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku coretkan di sini sahabat..seperti mana permintaanmu pada aku. "Maya buatlah cerpen tentang kisah hidup saya..mesti panjangkan". Aku hanya mampu tersenyum. Senyum yang aku sendiri tak pasti..maniskah? pahitkah? Semoga apapun jenis senyuman aku itu..ia menjadi satu sedekah..kerana aku memang benar-benar ikhlas sahabat :-)

Inshaallah, selagi jari-jemari aku ini masih mampu dan kuat mengetuk 'keyboard' tua ini..aku akan terus berkarya kerana terlalu banyak "cerita" di celah-celah kehidupan yang kita lalui.