About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laksa Johor

Satu lagi makanan yang popular dan sinonim dengan masyarakat Johor ialah Laksa Johor. Laksa Johor berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia kerana ia tidang menggunakan mi kuning atau mi laksa putih yang biasa digunakan bila kita menyediakan hidangan mi. Sebaliknya laksa Johor begitu sedap dimakan kerana ia menggunakan speggeti dan tidak muak bila dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah laksa Johor agak rumit dan mahal (ikan tenggiri paling baik tetapi boleh digantikan dengan ikan kembung). Kemungkinan sekali laksa Johor jarang sekali terdapat di pasar-pasar malam atau gerai makan kerana kos membuatnya lebih tinggi. Saya sering menerima permintaan untuk menyediakan laksa Johor ketika mengadakan rumah terbuka pada hari raya oleh teman-teman. Laksa Johor hasil air tangan saya sememangnya boleh tahan juga...keenakkannya. Saya paparkan salah satu resipi laksa Johor yang agak menarik untuk dicuba..

Bahan  Kisar
1 inci halia
½ inci lengkuas
½ inci kunyit
1 btg serai
5 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
10 tangkai lada kering

Bahan  Kuah
500gm Ikan – dibersihkan, rebus dan ambil isinya
200gm udang basah – dikopek kulit dan direbus dgn ikan
100gm udang kering - direndam seketika
800 ml santan dari satu biji kelapa
2 sudu makan kerisik
1 cawan rempah laksa Johor
2 keping asam keping
Minyak untuk menumis
Gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan Hiasan
1 paket spaghetti – direbus, tos dan chap
1 biji timun – kupas kulit, buang biji dan hiris bulatan
1 biji bwg besar – kupas dan dihiris
50gm taugeh – dibuang ekor
8 biji limau kasturi – dibelah dua buang biji
Daun kesum dan daun selasih - dihiris
Sambal belacan
 
 Cara-cara
Semua bahan kisar diblender dan ketepikan.  Isi ikan, udang dan udang kering diblender bersama air rebusan ikan menjadi 1 liter isi yang siap diblender. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai garing. Masukkan rempah laksa Johor dan sedikit air   kacau rata dan tunggu sampai minyak naik dan masukkan kerisik. Masukkan isi ikan yang sudah diblender, santan, asam, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Didihkan sampai kuah masak. Hidangkan bersama spaghetti dan bahan hiasan yang lain.

Sambal Belacan
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
Belacan sebesar ibu jari – dibakar/goreng
Garam dan gula secukup rasa
Cara – tumbuk atau blender kering semua bahan – (petua: bilangan cili yang ganjil dikatakan menghasilkan sambal belacan yg lebih sedap - Wallahualam)

Selamat mencuba

0 comments: