"Ya Allah, Astaghfirullah..Kak Lin!", spontan saya menjerit pagi itu. "Mana towel? Mana tisu? Ya Allah", saya berteriak dengan rasa gementar. Menggigil tubuh badan saya melihat kejadian yang berlaku di depan mata. Melihat darah yang berjijiran di lantai simen itu membuat saya mabuk darah dan pening seketika.
Suasana pagi itu menjadi kelam kabut seketika. Masing-masing cuba membantu dan keadaan agak panik seketika kerana pagi itu guru-guru dan pelajar baru sahaja sampai di sekolah. Saya baru sahaja ingin membuka tingkap di bilik kerja saya apabila kejadian yang tidak terduga itu berlaku. Di luar tingkap dan di depan mata saya kejadian itu berlaku terlalu pantas. Apa yang saya ingat ketika itu berlalu dua orang pelajar Tahun Enam dan sepantas kilat itu juga saya tiba-tiba terpandang seorang murid lain tiba-tiba berlari dan melompat di belakang pelajar salah seorang pelajar Tahun Enam tadi.
Jantung saya seakan terhenti..dan saya sudah dapat bayangkan apa yang bakal terjadi. Jeritan pelajar di luar sudah memberikan saya jawapan yang cukup mendebarkan. Saya panik seketika dan mengharapkan itu cuma satu mimpi. Namun bila melihat muka pelajar yang penuh berlumuran darah saya tahu itu bukan kemalangan kecil. Sukar dan takut saya membayangkan keadaan luka yang dialami oleh pelajar tersebut ketika itu.
"Pelan-pelan lap muka budak tu cikgu", saya meminta Cikgu Asrul lebih berhati-hati kerana saya tahu luka itu agak parah. Pelajar tersebut segera dibawa ke hospital oleh guru bertugas pagi itu setelah dimaklumkan kepada keluarga pelajar terbabit. Saya hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dan tidak berlaku sesuatu yang serius kepada pelajar tersebut.
Saya segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Puan Guru Besar, kerana ketika kejadian beliau belum lagi sampai. Beliau meminta saya memanggil saksi-saksi yang terlibat dan bersedia jika ada pihak-pihak yang meminta penjelasan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. "Ya Allah, dugaan sungguh di hari pertama berpuasa ini. Ada sahaja perkara yang cuba kita elak terjadi", bisik hati kecil saya.
"Ini betul-betul 1 Malaysia Cikgu Hamdan", saya memandang cikgu disiplin yang digeruni oleh pelajar. Di depan kami berdiri Wong, Iqbal dan Sivan dengan wajah terkulat-kulat dan agak muram.
Malang Tak Berbau..
Posted by Maya at Saturday, July 20, 2013 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
“Apabila tibanya bulan Ramadhan maka terbukalah pintu-pintu surga serta tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari” (hadis Riwayat Imam Bhukhari dan Imam Muslim)
Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia untuk semua keluarga, kawan-kawan dan pengunjung blog Maya Kirana.
Di kesempatan ini, saya memohon seribu kemaafan kepada semua sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan dalam sedar atau tidak. Doakan lah semoga rezeki kita semakin bertambah.
Sejak bulan Ramadhan ini, sukar juga saya ingin mencari masa terluang untuk membuat sedikit penulisan di ruangan saya. Harap-harap Allah memberi kelapangan kepada saya untuk berkongsi pendapat dan idea di sini.

Labels: UMUM
Subscribe to:
Posts (Atom)