Kelmarin Maya dikejutkan dengan suara bising-bising di kantin. Apa yang berlaku di sana? Maya segera bergegas ke sana untuk meninjau dengan lebih dekat. "Cikgu Maya..tolonglah saya", seketika ittu juga makcik kantin menyebut nama saya dalam situasi yang saya sendiri masih kebingungan. "Apa kenanya ni..?", saya memandang wajah beberapa orang pelajar di situ berserta dengan makcik kantin sekolah. "Cikgu tengoklah ni..habis makanan RMT ( Rancangan Makanan Tambahan yang diberikan percuma setiap hari pada yang layak ) dibuang tanpa dimakan. Sedih saya tengok cikgu..", Kak Siah pengusaha kantin meluahkan rasa kesalnya. Airmatanya turut mengalir..mungkin memikirkan penat lelahnya seakan tidak dihargai oleh pelajar-pelajar yang terlibat. "Tak apalah Kak Siah, nanti saya uruskan hal ini..saya akan siasat perkara ini", saya cuba meredakan keadaan dan tidak mahu perkara tersebut berlanjutan di situ. "Awak semua tunggu di pusat sumber sekarang..banyak yang ingin cikgu tanyakan", saya segera mengarahkan mereka beredar dari situ dengan segera.
"Betul kamu buang makanan RMT tadi? Cikgu mahu setiap orang jawap dengan jujur", saya memandang tepat ke wajah setiap pelajar yang terlibat dengan rasa geram dan tidak puas hati. Sudahlah diberi makan percuma, memilih pulak..tak tahu bersyukur langsung.., gerutu hati kecil saya agak kesal dengan situasi yang berlaku itu. Ini merupakan kali kedua saya menerima laporan sedemikian dan masih melibatkan murid-murid yang sama seramai 4-5 orang. Sebagai guru yang terlibat secara langsung dalam pemilihan mereka yang layak menerima RMT ini,pastinya saya rasa bersalah jika pemilihan yang dilakukan tersilap sehingga mereka yang benar-benar layak gagal, sedangkan mereka yang tidak layak pula mendapatnya kerana pemilihan berdasarkan maklumat atas kertas sahaja.
Semua mengaku melakukannya atas alasan tidak sedap, kenyang dan kurang berminat dengan menu yang disediakan pada hari itu. Alasan yang masih sama dengan kes terdahulu berulang kembali walaupun menu yang disediakan telah diubah atas persetujuan bersama pelajar-pelajar yang terlibat itu. 'Demand' sungguh budak-budak ni.. Alasan yang saya tidak boleh terima pada kali ini. Saya perlu memanggil ibubapa dan penjaga yang terlibat untuk berbincang sama ada anak mereka perlu atau tidak RMT ini. Saya tidak mahu pembaziran sebegini terus berlaku dan menjadi ikutan pelajar-pelajar lain. Saya memberi amaran kali terakhir, jika ada laporan yang sama, RMT mereka akan ditarik balik dengan serta merta setelah mendapat persetujuan penjaga mereka.
Betapa mewahnya hidup kita jika dibandingkan dengan kanak-kanak di negara lain, perkara tersebut sering saya ulang-ulang bila berpeluang membicarakan topik pembaziran makanan. Di sini saya sisipkan tentang kehidupan segelintir masyarakat Kemboja yang makan sampah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga menjadi iktibar buat kita dan sentiasa menghargai serta bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada kita.
Membazir Bila Diberi Percuma?
Hanya 30 kilometer dari kuil Kemboja
yang terkenal iaitu Angkor Wat, terdapat satu pemandangan mengejutkan
yang tidak dilihat oleh para pelancong. Apa yang dimaksudkan ialah
kewujudan sebuah komuniti kira-kira 500 orang yang tinggal atau hidup di
tempat pembuangan sampah di pinggir bandar Siem Reap.
Seorang 'photojournalist' Sepanyol, Omar Havana menghabiskan masa selama
tujuh bulan dari Oktober 2010 hingga April 2011 untuk mendekati
komuniti ini di tapak pembuangan sampah dan mendokumenkan kehidupan
mereka. Beliau berkata apa yang dilihat ialah "dari dunia lain", tetapi
mereka hidup gembira. Berikut gambar dan cerita yang telah dikongsi oleh
Havana kepada ABC News Online.
Suatu hari di Kemboja, seorang budak lelaki memberitahu saya bahawa dia
telah hidup selama bertahun-tahun di tempat pembuangan sampah. Saya cuba
sedaya upaya mendapatkan kebenaran untuk melawat mereka tetapi tidak
berhasil, jadi saya membuat keputusan untuk pergi tanpa kebenaran. Apa
yang saya lihat di sana dari dunia lain. Secara keseluruhan, terdapat
kira-kira 500 orang yang bekerja di sana, kebanyakan mereka juga hidup,
tidur, makan dan minum di sana. Setelah tinggal selama beberapa bulan di
sana, saya turut berpeluang melihat kelahiran seorang bayi
Dengan 34% daripada jumlah penduduk yang hidup dengan pendapatan kurang
daripada $1 sehari, mereka yang tinggal di tempat pembuangan sampah
sekurang-kurangnya boleh mencari makanan dan tempat tinggal. Mereka
mendapat kira-kira 35 sen setiap hari untuk kerja selama 14 jam.
Mereka hidup secara nomad. Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat
pembuangan sampah lain apabila tempat mereka berada ketika itu penuh,
biasanya setiap empat tahun atau lebih. Seumur hidup mereka di tempat
pembuangan sampah. Mereka hanya bergerak antara satu tempat ke tempat
lain
Mereka adalah orang biasa. Kebanyakan kanak-kanak kecil berumur antara 3 hingga 15 tahun dan
mereka sentiasa tersenyum - itu adalah apa yang paling mengejutkan
saya. Bau begitu kuat sehingga ia masuk ke dalam tekak anda. Anda boleh
rasa bau tersebut. Mata anda dipenuhi dengan air mata. Keperitan yang
amat besar, tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengannya.
orang dewasa bersunguh sungguh dapatkan sisa buangan yang baru tiba
Suatu hari, seorang budak lelaki membawa beg darah bertanya kepada saya
mengapa rakyat di negara saya tidak pernah tersenyum. Saya tidak tahu
apa yang perlu dijawab. Sementara dia melihat darah yang dibawa sebagai
santapan istimewa, dia menjelaskan kepada saya, "saya tersenyum
sepanjang masa, saya bernasib baik. Hari ini, saya akan makan ini dan
esok saya akan melihat matahari lagi".
kanak2 menunjukkan makanan yang dijumpainya
Mereka seolah-olah kebal daripada sampah. Penyakit normal jarang berlaku, biasanya ialah cirit-birit dan sakit perut atau selesema.
Sesuatu yang sangat biasa ialah ada mengalami luka dan lebam-lebam,
kerana kebanyakan kanak-kanak berkaki ayam di tengah-tengah longgokan
sampah.
dua sahabat berpelukan di kawasan pelupusan sampah
Pada dasarnya, tempat pembuangan sampah adalah pusat membeli-belah
mereka. Semua yang mereka perlukan untuk terus hidup datang dari sini. Mereka selalu memberitahu saya bahawa mereka bernasib baik jika mereka menjumpai pisang kerana ia bersih ditutupi kulit.
seorang wanita cuba mendapatkan bekalan air
Sampah-sampah itu datang dari Siem Reap, bandar pelancongan utama di
Kemboja di mana terdapat banyak hotel termasuk beberapa yang mempunyai
bilik-bilik melebihi $1,500 untuk satu malam. Ia adalah sebuah bandar hampir 150,000 orang.
timbunan sisa makanan
Mereka berhak untuk dikenali, mereka berhak untuk mempunyai suara dan
saya fikir senyuman mereka adalah cara terbaik mereka boleh menunjukkan
diri mereka. Mereka gembira semata-mata kerana esok mereka akan melihat
matahari.
kanak kanak ini berehat di sebalik timbunan sampah
Saya perlu bersikap jujur, saya tidak rasa tempat itu menyedihkan.
Saya gembira setiap masa ketika saya bersama mereka yang tinggal di
sana.
Kesedihan dan air mata datang selepas itu, apabila anda berada di dalam
bilik hotel anda, dikelilingi oleh perkara-perkara kebendaan dan anda
tidak melihat senyuman dan wajah-wajah orang yang tinggal di sana
(hotel) masuk ke memori anda - itu apabila kesedihan datang menyerang
anda.
apakah nasib dan masa depan anak2 ini?
Saya menggelar Kemboja, Dunia Yang Dilupakan. Dengan fotografi, kita
tidak boleh mengubah dunia, tetapi kita boleh mengubah fikiran dan
menyentuh perasaan. Itulah sebabnya saya menjadi seorang
jurugambar...untuk memberikan suara kepada orang ramai dalam diam.
p/s sangat menyedihkan kerana masih terdapat yang masih memerlukan dan
lebih susah daripda kita. kadang2 bila ke kedai makan boleh kita lihat
situasi dimana makanan dibazirkan.makan 2 mulut jer.,yang lain tinggal
cam tue jer.Bersyukurlah ..
sumber : http://kongsakongsi.blogspot.com/search/label/MAKANAN
Posted by Maya at Thursday, March 21, 2013
Labels: UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













0 comments:
Post a Comment