"Kak Maya telefon...", jerit Zarina kerani sekolah dari pintu pejabat. "Saya berlari-lari anak untuk cepat ke sana. "Mak aii ada latihan marathon ke Maya?", sempat juga Zura dari bilik guru menegur." Assalamualaikum...siapa di sana?, saya bertanya untuk memastikan masih ada pemanggil di hujung talian sana. "Waalaikumsalam...akak ke tu?, soal pemanggil tersebut. Saya tidak dapat mengecam suara siapa yang membuat panggilan itu. " Ya, Kak Maya bercakap...Siapa tu?, soal saya pula. "Ida ni kak...kenapa akak tak angkat panggilan di handset akak tadi?, tanyanya lagi.
"Ooh, Ida ke tadi, maaflah Kak Maya ada kelas tadi..lagipun akak tak nampak pun nama Ida tertera di situ. Ida dah tukar nombor ke?. "Apa kata Ida call akak semula nanti...boleh kita berbual panjang..", saya mencadangkan."Okey kak", jawabnya ringkas lalu memutuskan talian. Saya pun kurang selesa untuk menggunakan telefon di pejabat. Selain ianya untuk urusan rasmi, persekitarannya juga agak tidak sesuai untuk bersembang.
Petang itu saya dan Ida atau nama sebenarnya Rafida membuat temu janji di Mc D setelah dia beriya-iya ingin berjumpa dengan saya. Sebenarnya Ida baru berpindah ke sekolah lain pada pertengahan tahun lalu atas arahan kenaikan pangkat sebagai Guru Koku. Sambil menyicip kentang goreng kami terus berbual dari satu topik ke topik yang lain.
"Kak...akak tau ke kisah Haris?", tiba-tiba Ida bertanya dengan muka agak serius. "Kisah apa pulak tu Ida..?", tanya saya. Setahu saya kebelakangan ini memang Haris sedang mengalami masalah dalam rumahtangganya. Namun saya tidaklah mengambil tahu sangat perkara tersebut jika tuan punya badan tidak bercerita. Lagipun hal-hal pergolakan rumahtangga perlu diceritakan pada orang yang betul agar ianya tidak semakin merumitkan keadaan.
"Akak tau tak, Haris dah sampai nekad nak menceraikan isterinya minggu lepas", sambungnya lagi dengan bersungguh-sungguh. Rafida sememangnya teman paling rapat dengan saya kerana kami sama-sama ditempatkan di sekolah ini pada tahun yang sama. Sebab itu apa saja yang diketahuinya akan disampaikan kepada saya atas dasar percaya, meskipun hal tersebut sepatutnya dirahsiakan dari sesiapa. "Bila Haris jumpa Ida?", tanya saya . "Masa mesyuarat di PKG minggu lepas kak...macam-macam dia cerita kat Ida", jelasnya. "Tapi akak janji ya jangan cerita dengan sesiapa pun...ini rahsia antara Ida dengan akak je", pintanya sungguh-sungguh. Saya hanya tergelak...dan Ida faham sangat apabila saya gelakkan ayat yang sering dilafazkannya itu. Biasanya dia sendiri yang akan membocorkan rahsia yang dikatakan rahsia antara saya dengannya itu.
Saya tidaklah terkejut dengan apa yang Ida sampaikan itu. Sememangnya sejak dari awal tahun lagi saya melihat Cikgu Haris agak berubah sikap dari kebiasaan. Jika dulu dia ceria dan senang bergaul dengan rakan-rakan setugas., berbeza dengan keadaanya sekarang yang kelihatan sugul dan jarang menyapa teman-teman.Di kalangan teman-teman sekerja, Cikgu Haris dilihat sebagai lelaki yang sempurna untuk seorang wanita. Selain segak, dia juga ringan tulang dan bertanggungjawab. Jarang sekali dia bercerita atau memburukkan isterinya, yang ada hanyalah pujian. Sehingga ada di kalangan teman-teman yang agak meluat dan kasihan kerana mereka kenal siapa isteri Haris itu. "Ego melampaulah isteri Cikgu Haris tu Kak Maya. Taklah cantik mana...cantik lagi Kak Maya Ida ni...", terkekeh-kekeh dia tergelak. "Aii...puji ada makna ni...nak Kak Maya belanja makanlah ni ya...", saya turut tersenyum melihat gelagatnya yang adakalanya agak keanak-anakan.
"Ida tu ambillah iktibar...Berdosa besar tau curang dengan suami ni, tak cium bau syurga kita. Kak Maya tau abang Z tu baik sangat kat Ida. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan suami kita. Bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik...", saya sengaja ingin melihat reaksinya. "Baiklah Ustazah Maya...Ida akan jaga abang Z dengan baik", gelaknya makin kuat. "Haa...tu perli akak la tu...", cebik saya. Akhirnya kami sama-sama tersenyum..."Kak Maya dah lapar ni...Ida ajak ni sebab nak belanja Kak Maya makan kan? Kak Maya nak order macam-macam tau...", saya sengaja mengusiknya. "Boleh....., tapi kalau Kak Maya yang bayar lagi berselera Ida makan...lagipun badan Ida nikan kurus kering je", dia tergelak besar dengan kata-katanya sendiri. "Tak taulah macam mana Ida nak turunkan berat badan ni. Ada tak ubat kurus yang Ida tak perlu tahan makan kak?",saya hanya tersenyum melihat telatahnya yang sering membuat saya tak kering gusi ketawa. Teman-teman sepertinya adakalanya boleh meredakan tekanan di tempat kerja. Namun biarlah berpada-pada...
"Hal Haris tu janganlah kita perbesarkan ya Ida...memang bagus mengambil berat hal teman-teman tapi berpada-pada agar ianya tidak semakin memburukkan keadaan. Hal rumahtangga ni hanya kita yang faham...seeloknya semua itu kita yang tangani tanpa campur tangan orang lain. Bagi Kak Maya itulah yang sebaiknya," saya melontarkan kata-kata itu dengan penuh maksud yang tersirat. Hanya saya yang memahaminya... Ida menganggukkan kepalanya. "Betul kata Kak maya tu, Ida nak insaflah kak. Tak maulah ambil tahu lagi fasal ni. Tak fasal-fasal nanti mereka tu dah berbahagia semula...kita pulak yang tambah dosa...betul tak Kak Maya?,soalnya...walaupun dia sendiri tahu apa jawapan saya.
Sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula suami isteri. Lirik nyanyian P.Ramlee terngiang-ngiang di telinga saya. Perceraian adalah jalan terakhir...
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...
Posted by Maya at Sunday, October 09, 2011 2 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Bersua kembali...Dengan KeizinanNya
Ahamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya Maya dapat lagi bersua di blog ini. Kepada sahabat2 yang menghantar email pada Maya bertanyakan khabar, terima kasih Maya ucapkan. Sebenarnya posting Maya yang terakhir itu, Maya dedikasikan buat aruah bapa mentua Maya yang telah kembali ke Rahmatullah di bulan Ramadan tempoh hari. Alhamdulillah, Maya dapat berkhidmat menjaganya hingga ke saat-saat akhirnya...
Posted by Maya at Sunday, October 09, 2011 0 comments
Labels: UMUM
Al Fatihah
[Al-Fatihah Untuk Arwah yang telah pergi menemuiNya
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
dariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali]
Artikel berkaitan akan menyusul....
Posted by Maya at Saturday, August 20, 2011 0 comments
Cintaku Padamu...
Ramadhan ...
hadirmu dinanti
ceria di sebalik tirai Syaaban
mengintai Syawal dalam sebulan
syaitan-syaitan bergari rantai
ketika nafsu bermain peranan
kami semua saling bertahan
godaan nafsu...
imsak bertolak iftar ditemukan
selesai seharian satu kewajipan
Ramadhan ...
berduyun bertarawih sunat dikerjakan
namun apa ertinya
berbahagialah kita di bulan
Ramadhan ...
andai kau pergi
menanti sebelas bulan dikau kembali
di kala muazin melaung azan
menandakan harapan kau akan pulang
jadi teman penerus keimanan.
Posted by Maya at Friday, August 05, 2011 0 comments
Labels: HASIL KARYA
Tragedi Ramadhan...
Mataku terpaku di skrin televisyen. Suara anak dan suami yang bertelagah pendapat mengenai tarikh mula berpuasa terhenti... Semuanya sunyi senyap, bagai garuda datang bergempita menyerang desa... sedangkan kewujudannya entah cuma satu lagenda atau dongengan semata. Pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja sebentar tadi mengesahkannya. Ramadhan datang lagi...hadir dalam suasana yang cukup mendamaikan bagi setiap umah yang mencari keberkatannya.
Kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan...Ramadhan juga hadir dengaan penuh kenangan. Kenangan mengusik jiwa..kenangan penuh air mata. "Ada makanan untuk bersahur pagi esok ma?" tiba-tiba aku dikejutkan dengan pertanyaan suami. "Ada...ada bang" tergagap-gagap aku mengiyakan. Antara faham atau tidak aku turut menganggukkan kepala.
"Apa yang dimenungkan tu, dari tadi abang perhatikan..mama sakit ke?". Riak wajah suami seakan risau. "Taklah bang...mama sihat walafiat ni. Mama cuma terkenang kisah lama...tiba-tiba teringat bila nak mula puasa ni", aku menjelaskan.
Hampir 12 tahun peristiwa itu terjadi. Namun terasa baru semalam ianya berlaku...Betapa pantasnya masa berlalu. Panggilan telefon malam itu masih lagi terngiang-ngiang di cuping telingaku. "Apa hal dah lewat malam abang Khai telefon ni?, spontan aku bertanya soalan yang tidak seharusnya. Kesal pula kata-kata itu terlepas. "Eh, takkan tak boleh abang Khai nak telefon...abang merajuklah macam ni", seakan suara itu menjauh dari gagang telefon. "Ishh abang ni..mengada-ngada pulak. Bukan macam tu...abang tu bukan senang nak telefon Ana kalau tak ada hal penting", aku cuba menjelaskan, walau aku tahu dia cuma bergurau.
"Abang Khai semua kat sana sihat ke?", pertanyaan yang seakan wajib setiap kali bersembang di telefon. "Alhamdulillah semuanya baik Ana. Si Taufik dengan Fara macam mana?". Dia pula bertanya khabar. "Semua ok bang...Alhamdulillah". "Berbuka apa tadi bang? Mesti sedap kalau Kak Ita yang masak", aku menambah. "Sup kepala kerbau!", sedikit menjerit dia menjawab. Hairan juga dengan jawapannya yang agak lawak...kerana abang Khai selalu serius dengan kata-katanya. Terkekek-kekek dia tergelak. Ceria sungguh mendengar suaranya malam itu. Aku turut ketawa mendengar jawapan itu. Banyak perkara yang sempat aku sembangkan malam itu dan dia berjanji tahun ini akan pulang awal berhari raya di kampung. Tentu kakak-kakak dan adik-adik aku seronok mendengar berita ini.
"Nampaknya Ana seorang yang tak dapat balik beraya di kampung tahun ni", aku menjawab hiba. "Tak mengapalah Ana... Kami semua doakan Ana selamat bersalin dengan selamat di sana", kata-katanya seakan memberi perangsang padaku. Ada sedikit kelegaan di hati. "Terima kasih bang...Kalau ada masa datanglah melawat Ana kat sini. Kesian adik abang ni", aku cuba memohon simpati. "InsyaAllah Ana...panjang umur nanti sampailah abang sana ya. Sebelum tu abang nak minta maaf zahir dan batin kat Ana kalau ada salah silap abang selama ni...". Aku terdiam tanpa kata-kata mendengar luahan maaf abang Khai. Ada rasa debar di hati. " Belum raya lagilah bang. Ada seminggu lagi puasa...Tak sabar-sabar nak raya abang Khai ni, mengalahkan budak-budak",saya mengusik untuk meredakan resah di dada. Abang Khai tergelak kecil di hujung talian. Lama juga kami berbual sehinggalah segalanya berakhir malam itu...
Airmataku seakan sudah kering. Jiwaku kosong... Aku bersendirian di sini hanya ditemani 'nurse' yang mundar mandir menjalankan tugasnya. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah andai takdir yang ditentukan ini terkandung hikmah bagiku. Aku redha andai jemputan panggilanMu atas anakku merupakan hadiah terbaik untukku di Jannah nanti. Aku redha Ya Allah...walau keperitan dan kesedihan ini seakan tidak tertanggung olehku di saat ini...SesungguhNya Engkau Yang Maha Mengetahui atas apa jua yang telah ditakdirkan.
"Ana...abang nak balik kampung untuk urusan pengebumian anak kita...Ana berehat ya...nanti abang minta Bik Dah datang temankan Ana di sini", jelas suami tanpa memandang ke arahku. Airmatanya jelas berlinangan walaupun dia cuba sembunyikan dari penglihatanku. Aku cuma mampu merenung kosong...seakan tiada lagi urat sedih dan tangis ketika itu...Aku seakan berada di dunia asing...masih tidak percaya dengan apa yang terjadi...Baru tiga bulan lepas aku kehilangan ayah dan kini aku kehilangan lagi...
"Kenapa tak makan lagi nasi tu Ana?", tiba-tiba aku dikejutkan dengan sapaan ibu mentuaku. "Jangan banyak menangis...Bawak-bawak Ishtifar...sabar". Nasihat ibu mentuaku ketika dia melihat aku banyak termenung dan menangis. Mungkin dia takut kalau-kalau aku bentan dan gila meroyan...penyakit orang beranak. Aku cuma mengangguk. Sudah masuk empat hari aku kehilangan insan tersayang. Anak kedua yang dinanti selama ini pergi buat selama-lamanya...hanya beberapa jam saja dipinjamkan Allah ke dunia fana ini .Belum puas aku menatap wajahnya. Tunggu mama di sana sayang...Nanti mama datang...Bagai empangan pecah, airmata semakin laju membasahi pipi...
Deringan bunyi telefon awal pagi itu mengejutkan aku dari lena. Sudah banyak hari aku sukar untuk tidur.Namun akhirnya aku terlelap juga akibat keletihan malam itu. Terdengar suara suamiku menjawab panggilan tersebut. Aku cuba memasang telinga untuk mendengar butir bicara yang dibualkan tapi gagal memahaminya. Terlalu perlahan suara suami pagi itu...tidak seperti kebiasaannya. Tidak lama kemudian terdengar pula deruman bunyi kereta meninggalkan rumah mentuaku. Ke mana pula suamiku pergi tanpa sebarang pesan desah di hati kecilku. Jarum jam menunjukkan masih terlalu awal untuk subuh di masjid...Aku bingung memikirkan...Tunggu sajalah dia balik nanti...
Daun pintu diselak. Dalam kesamaran lampu bilik suami datang menghampiriku. "Ana...abang ada sesuatu nak bagitau Ana...Ana jangan terkejut ya...Ana kena banyak-banyak bersabar". Suami memegang kedua-dua bahuku untuk menenangkan keadaan. Aku hanya mendiamkan diri. Tanpa rasa apa-apa ketika itu. Seolah-olah sudah tidak berperasaan lagi...Sedihkah...gembirakah...semuanya berbaur menjadi satu. "Abang dah tak ada...", perlahan suami memberitahuku. "Abang mana?", aku tidak faham maksud "abang"yang dijelaskan oleh suami.
Di kotak fikiranku hanya terfikirkan kaum keluarga di sebelah pihak suamiku saja. "Tadi Kak Teh telefon...abang Khai dah tak ada...", jelas suami sayu. "Abang Khai dah tak ada? Kenapa?"...aku sendiri tidak pasti dengan pertanyaan yang aku lontarkan ketika itu. "Kak Teh kata...masa Kak Ita kejut untuk bangun sahur...abang Khai dah tak ada...dia meninggal dalam tidur...". Jelas suami lagi sambil tangannya tidak lepas memegang bahuku. Mungkin dia bimbang aku tidak mampu mendengar semua itu. Aku bagai tersedar dari mimpi...Tiba-tiba rasa sebak menyerbu...dan sedu-sedan memecah keheningan subuh pagi itu. Aku tidak mampu lagi mengawal emosi yang tertahan sebelum ini...andai ditakdirkan ketika itu aku jatuh sakit...mungkin ketika ini aku tidak lagi mampu berdepan skrin monitor ini...Ana dah gila meroyan...MasyaAllah...Nauzubillah...Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kesihatan yang baik sehingga saat ini.
Kata-kata sabar dan nasihat tidak lagi dapat mengubat kesedihan yang melanda hati. Berat mata memandang berat lagi bahuku yang memikul...Siapalah aku ketika itu untuk berhadapan dengan ujian sebesar itu. Aku benar-benar tidak mampu Ya Allah. Terlalu berat dugaan ini untuk ku tanggung...Kehilangan insan-insan tersayang dalam jangka waktu terdekat sekaligus membuat aku lemah tak terdaya...Aku bagi dihamburkan dengan butir-butir peluru...memusnahkan seluruh kegembiraan di bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma dalam sekelip mata. Lebih membuat aku terkilan...aku tidak berdaya untuk menatap wajah abang Khai buat kali terakhir...Kesihatanku sendiri masih tidak mengizinkan untuk aku ke sana. Hanya doa dapat ku titipkan...Damailah kau di sana abangku...
Masih segar di ingatan gurauannya minggu lepas. Masih terngiang-ngiang suara cerianya...Rupanya petanda dia akan meninggalkan kami semua. Antara percaya atau tidak...aku terpaksa menerima kenyataan ini. Kenyataan yang begitu menghibakan seluruh ahli keluargaku...Kehilangan seorang ayah, abang dan juga anak...Tragedi di Bulan Ramadhan...
"Mama...mama...mana stokin Fara?", jeritan anak daraku mengejutkan aku dari lamunan. "Fara carilah di dalam bakul di bilik belakang tu", aku membalas. Rupa-rupanya sudah hampir dua jam aku mengelamun sendirian ketika membelek-belek album lama yang menyimpan kemas gambar-gambar kenangan keluargaku.
Ya Allah Ya Tuhanku...Kau berikanlah kami keberkatan di bulan yang mulia ini. Ampunilah segala dosaku juga ahli keluargaku di bulan penuh keampunan ini. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...Ameen Ya Rabulalamin...
Posted by Maya at Friday, August 05, 2011 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
