Nukilan : Maya Kirana (didedikasikan buat perwira negara)
Langkah Pejuang
Nukilan : Maya Kirana (didedikasikan buat perwira negara)
Posted by Maya at Saturday, January 22, 2011 0 comments
Labels: HASIL KARYA
Mencari Jawapan...
Posted by Maya at Saturday, January 22, 2011 2 comments
Labels: HASIL KARYA
Anak-anak Kita...
"Maya...engkau dah nampak ke ada burung belatuk di sekolah kita? tanya cikgu Hakim ketika saya berselisih jalan menuju ke kelas. "Burung belatuk?..Burung apa cikgu?, Saya ketika itu memang betul-betul tidak dapat menangkap maksud yang ingin cikgu Hakim sampaikan. "Kamu ni 'slow' la...cikgu Hakim tergelak melihat saya kebingungan. Cikgu Hakim guru disiplin yang memang terkenal dengan bahasa dan lawak kasarnya...sabar jelah...
"Budak Fadzli tahun 3 tulah...kamu tak nampak warna rambut dia...dah macam mat saleh celup aku tengok?",cikgu Hakim menjelaskan tanpa dipinta. Aha...baru saya teringat minggu lepas guru kelas murid tersebut ada memaklumkan kepada saya. Saya dah terlepas pandang kes ini, nasib baik cikgu Hakim mengingatkan. Mungkin kesibukan saya minggu ini menguruskan adik yang menjalani rawatan di sini menyebabkan saya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan di sekolah.
"Cikgu dah ambil tindakan ke?".Tanya saya. "Tindakan aku senang je Maya...bagi jer", jelas cikgu Hakim sambil ketawa. "Bagi jer" maksud cikgu Hakim tu saya sedia maklum, sudah pasti murid tersebut didenda atau dihukum. "Kalau begitu nanti saya panggil murid tersebut untuk dapatkan penjelasan lanjut", jawab saya seraya meneruskan langkah ke kelas. Hukuman seharusnya dikenakan sebagai peringatan kepada pelajar terbabit namun kita juga perlu mencari punca mengapa ia boleh berlaku. Kita harus memberi ruang pelajar terbabit memberi penjelasan.
"Oh...Fazli murid kelas pemulihan tu ke? hati saya berkata ketika melihat murid tersebut datang berjumpa saya. Murid ini sememangnya hiperaktif dan agak nakal... Ada teman mengatakan murid ni seperti tiada perasaan...kita marah pun dia tersenyum...sabar ajelah..."Cantik rambut awak Fazli...buat di kedai ke? tanya saya. Sambil tersengih-sengih menampakkan gigi rongaknya dia menjawab.."Kakak buatkan...adik pun kakak buatkan...tak boleh hilang". Tanpa ditanya lebih lanjut dia menjelaskan dengan panjang lebar. "Kalau begitu cikgu botakkan rambut tu boleh? Nanti hilanglah...", saya menduga. "Tak mau...",dia mengeleng-gelengkan kepalanya.
Menghadapi kerenah murid sebegini adakalanya membuat saya tidak sampai hati untuk mengambil sebarang tindakan keras. Sebagai pelajar yang dikategorikan 'slow learner' dan lambat matang berbanding usia mungkin kejadian ini berlaku disebabkan persekitarannya yang tidak membantu. Secara peribadi, saya meletakkan kesalahan ini kepada ibubapa pelajar tersebut berbanding murid itu sendiri. Mungkin ibubapa akan memberikan pelbagai alasan....namun jika kita kenal anak kita sepenuhnya dan mengambil berat kepentingan pelajaran mereka, perkara sedemikian dapat dielakkan.
Apa lagi yang saya dapat lakukan..kecuali menunggu rambut hitam yang baru tumbuh...saya sendiri tidak pasti boleh atau tidak warna itu dihilangkan menggunakan peluntur rambut. Saya hanya mengingatkan dan memberi amaran jika buat lagi..."cikgu botakkan kepala awak Fazli...Ingat tau...!". Dia mengangguk sambil matanya terkebil-kebil memandang saya. Faham ke budak ni... Ibubapa pelajar ini juga diingatkan akan kesalahan anak mereka yang melanggar peraturan sekolah. Begitu juga pelajar-pelajar lain juga diberikan penjelasan supaya tidak ada yang cuba-cuba melakukannya...
Posted by Maya at Wednesday, January 19, 2011 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Di manakah Kita?
Posted by Maya at Wednesday, January 19, 2011 2 comments
Labels: HASIL KARYA
Anak-anak Polos
"Cikgu Maya....Cikgu Maya....boleh saya jumpa cikgu sekejap?", saya menoleh ke arah suara itu dan kelihatan seorang wanita berlari-lari anak menuju ke arah saya yang sedang menuju ke kereta untuk pulang. "Oh, awak Farah..ada masalah apa lagi?", saya bertanya spontan. Farah ibu kepada dua orang pelajar saya, dimana saya pernah menceritakan perihal wanita ini dalam "luahan rasa" saya sebelum ini.
"Saya nak mengadu sikitlah cikgu...anak-anak saya kata budak-budak India sekolah ni suka buli mereka. Saya geram bila anak saya selalu sangat mengadu pasal budak-budak India ni...Tak pernah pulak mereka mengadu budak-budak Melayu atau Cina kacau mereka". Dia terus bercakap tanpa memberi ruang untuk saya membalas. Teman-teman saya berpandangan sesama sendiri melihat situasi yang agak tegang tanpa mengetahui apa yang berlaku. Saya begitu sensetif apabila pergaduhan anak-anak dilabel sebagai perkauman di sekolah yang terdiri dari pelbagai kaum ini.
Sebenarnya sebagai pendidik, kami guru-guru tidak sama sekali menjadikan ras atau kaum sebagai punca permasalahan apabila berlaku salah faham antara pelajar atau keluarga mereka. Amat merbahaya jika kita menjadikan isu perkauman sebagai punca. Anak-anak di peringkat rendah terlalu polos untuk mereka ditanggapi sedemikian rupa. Jika sekolah menjadi tempat menyemai benih-benih perpaduan antara kaum, janganlah kita sebagai orangtua dan masyarakat menjadikan isu dan permasalahan anak-anak sebagai isu perkauman.
Seperti yang sedia maklum, Farah ni berketurunan anak mami sementara suaminyanya pendatang Bangladesh yang dimaklumkan sudah habis permit di negara ini. Keluarga yang bermasalah...Terlalu banyak yang saya dengar aduan dari teman-teman mengenai wanita yang satu ini. Adakalanya sayu turut keliru kebenaran kata-kata wanita ini sama ada inginkan perhatian atau meraih simpati. Bergaya boleh tahan...solekan terserlah...tapi sering mengadu hidup susah...minta bantuan sana sini tanpa diketahui status sebenar kehidupannya. MasyaAllah...saya bimbang saya silap menafsir...
"Begini sajalah puan, serahkan perkara ini kepada pihak sekolah untuk menyelesaikannya ya...Esok saya akan memanggil anak puan dan mereka yang terlibat", saya memberi jalan penyelesaian untuk meredakan ketidak puashatiannya. "Saya terpaksa minta diri untuk pulang sebab jam 3.00 petang nanti kami perlu datang semula ke sekolah untuk mesyuarat". "Saya harap puan tidak mengambil tindakan sendiri kerana itu menyalahi undang-undang dan saya janji akan cuba menyelesaikan masalah ini". Alhamdulillah dia akur dan mengangguk...Selesai satu masalah untuk hari ini...Esok belum tentu...Sebagai pihak yang menguruskan hal ehwal pelajar saya akan terus diduga dengan pelbagai masalah seperti ini. Sebenarnya ada cabaran lebih hebat yang pernah saya lalui sebelum ini..InsyaAllah saya akan kongsikan kemudian.
Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya...tidakkah tulisan saya ini mengaibkan mana-mana pihak? Sebenarnya blog saya ini lebih bersifat umum dan saya sama sekali tidak menyebut nama tempat dan nama sebenar individu terbabit. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman yang mungkin kita dapat jadikan pengajaran dan iktibar bersama. Harap pembaca faham tujuan sebenar 'luahan rasa' yang saya paparkan di sini...
Posted by Maya at Wednesday, January 19, 2011 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
