Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya. |
Ada beberapa rahsia bagi mengawal wau di udara. Rahsia-rahsia itu akan difahami hanya apbila kita sendiri berdepan dengan masalah dalam menaikkan wau.
Seseorang pemain yang berpengalaman akan cepat bertindak apabila waunya membuat ragam di udara. Kebolehan dan kecekapan bertindak dengan cara-cara yang tersendiri membuktikan keupayaan seseorang pemain wau itu menghadapi cabaran dan mengatasi dengan tenang.
Cara Membuat Wau
Perlu sediakan rangka wau daripada buluh semasa mula-mula membuat wau. Buluh ibi perlu diraut. Selepas itu, tiga lapis kertas nipis dipasang di sayap wau itu. Kertas-kertas itu dilorek dengan bentuk bunga, daun, atau awan larat. Kemudian kertas-kertas itu ditebuk mengikut bentuk-bentuk ini.
Kertas yang telah ditebuk dilekatkan pada rangka wau. Kadang-kadang terdapat jambul yang berjurai-jurai di kepala dan di sebelah kiri kanan sayap wau itu. Jambul ini dibuat daripada kertas nipis berkilat.
0 comments:
Post a Comment