About Me

My Photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kukur Kelapa

Kukuran ialah sejenis alat yang bergerigi digunakan untuk mengukur, mengeruk (mengikis) isi kelapa. Ia merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung. Kukuran merupakan alat yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu tradisional kerana sebahagian besar resepi masakan masyarakat Melayu menggunakan santan kelapa. Meskipun penggunaan kukuran semakin dilupakan oleh penduduk kota yang lebih cenderung menggunakan peralatan moden, namun penggunaannya masih lagi diteruskan di kampung-kampung.
Kukuran Duduk
Kukuran Silang
Cara kukuran digunakan
Kukuran tradisional dibentuk daripada batang kayu supaya tempat duduk dan tempat untuk meletakkan besi mata kukur. Kemudian penciptaan kukuran berkembang di mana ianya dibuat daripada papan yang berbentuk empat segi dan membolehkan mata kukuran dibuka apabila hendak digunakan dan dilipat bila tidak digunakan lagi.

Hasil kreativiti seniman Melayu, kukuran direkabentuk berasaskan rupa bentuk binatang berkaki empat, bermotifkan alam sekitar seperti tumbuh-tumbuhan dan rekabentuk awan larat. Bentuk ukiran kukuran ini agak berbeza di antara satu kawasan yang lain di negara ini berdasarkan pengaruh kesenian setempat. Biasanya kukuran terdapat dalam bentuk kukur duduk, kukur kotak dan kukur silang.
Kukuran Kotak

0 comments: