Jalan-jalan di Ibukota
Posted by Maya at Sunday, January 30, 2011 0 comments
Labels: HASIL KARYA
Kenangan bersamamu
Posted by Maya at Sunday, January 30, 2011 0 comments
Labels: HASIL KARYA
Fikiranku...
Nukilan : Maya Kirana
Posted by Maya at Sunday, January 30, 2011 0 comments
Labels: HASIL KARYA
Terlepas Pandang...
"Cikgu Hakim...cikgu...", saya berteriak sedikit kuat tatkala melihat kelibat Cikgu Hakim menuju ke 'staf room'. "Apa hal ?", Cikgu Hakim sedikit terkejut. "Cikgu tau ke pasal kes budak tahun 3 keluar dari kawasan sekolah semasa waktu belajar minggu lepas?".Sambil mengaru-garu kepalanya yang hampir botak itu,Cikgu Hakim menjawab. "Ada saya dengar pasal tu dari murid-murid kelas saya...tapi emak budak tu tak ada pulak buat aduan apa-apa pun pada sekolah...saya taklah memanjangkan kes tersebut". Jelas Cikgu Hakim.
"Masalah ni cikgu...tadi Puan (guru besar) minta penjelasan mengenai hal ini. Ada seorang ahli jawatan kuasa PIBG di kalangan ibubapa membuat aduan pada guru besar mengenai kes ini...mungkin keluarga murid bercerita sesama mereka di luar sana", jelas saya. "Saya sendiri langsung tidak dimaklumkan oleh sesiapa sama ada murid atau guru yang berada di kelas tersebut...". "Yang menjadi persoalan sekarang bagaimana murid tersebut boleh terlepas pandang oleh guru dan juga pak guard kita"."Apa kata kita jumpa pak guard bertanyakan hal ini..." Saya dan Cikgu Hakim terus menuju ke pondok jaga..
"Memang ada sorang budak mintak keluar itu hari...saya tak bagi dia keluar. Lepas itu dia duduk tepi pagar saja. Saya pun pergi ronda-ronda sekolah...balik sini budak tu sudah tak ada", jawab pak guard bila saya menyoalnya. "Kenapa pak guard tak suruh dia balik ke kelas atau beritahu cikgu hal in?",tanya saya lagi. Pak guard tu seperti kebingungan saja bila kami menyoalnya bertalu-talu...banyak putar belitnya yang tidak masuk akal...Patutlah Puan selalu bising pak guard selalu hilang...senang-senang tetamu tak diundang boleh masuk ke kawasan sekolah kalau mempunyai jaga seperti ini.
Kejadian ini merupakan sesuatu yang dipandang serius oleh pihak sekolah kerana kedudukan sekolah yang terletak di kawasan lalu lintas yang sibuk. Amatlah merbahaya bagi kanak-kanak seusia murid tahun 3 jika tiada pengawasan daripada orang dewasa berjalan di luar sana. Sebagai guru yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal murid, perkara ini sedikit merunsingkan saya. Saya memanggil pelajar yang terlibat untuk mengetahui perkara sebenar.
"Cikgu nak tanya Alif ni...Alif jawab jujur ya..jangan tipu cikgu tau", saya bertanya dengan nada lembut. "Minggu lepas betul ke Alif ada keluar sekolah waktu belajar?",tanya saya lagi. Dia cuma mengangguk sambil memandang saya. "Kenapa Alif nak keluar? Alif nak ke mana?", sambung saya lagi. "Alif nak ke 'opis' mak kat sana...Buku latihan Alif tertinggal kat rumah...Alif takut kena marah teacher",jelasnya dengan suara tersangkut-sangkut. "Kenapa Alif tak bagitau cikgu dulu...Jadi memang betul Alif keluar pergi ke 'opis' mak ya..?".Dia mengangguk lagi...
Hasil siasatan didapati pejabat tempat ibu pelajar itu bekerja berada tidak jauh dari sekolah. Persoalannya pelbagai kemungkinan boleh terjadi disebabkan kealpaan yang cuma sebentar. Walaupun kecuaian mungkin berpunca dari pihak sekolah, keluarga pelajar sepatutnya memaklumkan hal ini terus ke pengetahuan pihak sekolah. Silapnya ibu pelajar hanya menghantar anaknya semula kepada pak guard dan pelajar itu kembali semua ke kelas tanpa dapat dikesan oleh guru perbuatannya tadi. Guru mungkin mempunyai tanggapan murid tersebut ke tandas semasa pertukaran guru subjek. Bila perkara hendak terjadi...begitulah...
Seandainya ada peristiwa lain terjadi semasa murid tersebut dalam perjalanan berjumpa ibunya...pasti lain pula ceritanya...Hanya rasa kesyukuran kepada Allah SWT yang saya dapat panjatkan. Puan guru besar membuat 'report'serta merta kepada pihak pengurusan pengawal keselamatan meminta ditukarkan pengawal yang baru...yang lebih cerdik...yang mampu bertindak dengan cekap bila berlaku insiden-insiden sedemikian...
Posted by Maya at Saturday, January 22, 2011 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Lesung Mencari Alu (Antan)
Peribahasa ini memberi makna seeorang wanita atau perempuan yang mencari pasangan atau ‘mengejar-ngejar’ seorang lelaki. Pada zaman dahulu perbuatan ini memalukan dan janggal dalam masyarakat. Perempuan seperti ini dianggap tidak mempunyai nilai ‘malu’ dan dilabel sebagai perempuan ‘tidak baik’.
Namun, pada zaman sekarang, perbuatan ‘lesung mencari alu’ sudah dianggap biasa dan tidak memalukan. Jodoh bukan sahaja boleh dicari oleh lelaki tetapi perempuan juga berhak mencari jodohnya sendiri dengan memilih lelaki yang diingini. Malahan, pada zaman nabi, Siti Khatijah yang merisik dan meminang nabi Muhammad s.a.w.
Walau bagaimanapun, jika diteliti, mengapa orang-orang lama mencipta peribahasa begini? Tujuannya adalah untuk memelihara maruah dan diri kaum wanita yang harus mempunyai nilai ‘malu’ yang tinggi sesuai dengan penciptaan wanita yang lemah lembut.Wanita yang terpelihara dengan sifat ‘malu’ akan mendidik jiwa menjadi wanita yang tahu menjaga maruah diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Tidak ada salahnya jika kita menggunakan peribahasa lama ini sebagai pendinding untuk memelihara diri dari perbuatan-perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah kita sendiri.
Posted by Maya at Saturday, January 22, 2011 1 comments
Labels: PERIBAHASA
