Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Agak lama juga saya tak berblog... itulah yang terdetik di
minda waktu surf blog pada hari ini. Saya teramat sibuk dengan tugas-tugas
hakiki yang memerlukan komitmen yang tinggi. Kekangan masa sehingga tidak
berkesempatan melayan hobi saya menulis di sini. Mudah mudahan cuti panjang
pada kali ini dapat mengerak dan menjana kembali idea-idea yang lama membeku di
benak ini.
Belum lagi memikirkan destinasi mana harus dituju pada cuti
panjang kali ini. Maklumlah hanya kita yang bercuti sedangkan suami masih sibuk
dan belum dapat meluangkan waktu untuk bercuti bersama keluarga. Terpaksalah
saya menyibukkan diri sebagai surirumah sepenuh masa. Ada baiknya
juga..dapatlah saya mengadap komputer melayari blog teman-teman yang lama tidak
dijengah. Pelbagai ragam dan cerita yang dipaparkan membuat saya adakalanya
tersenyum dan tergelak sendiri. Melihat resipi-resipi baru yang begitu
menyelerakan membuat saya teruja untuk mencuba. Pastinya jarum timbang tidak
segan-segan melonjak tinggi selepas ini hihi.
Terlalu banyak yang ingin dikongsikan lalu digarap
menjadi hasil karya yang lebih menarik
untuk dibaca. Respon positif yang diterima akan menjadi pemangkin dan pembakar
semangat untuk saya terus berkarya InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment