Peribahasa | Maknanya |
---|---|
Ada air, adalah ikan. | Ada negeri tentulah ada rakyatnya. |
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. | Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan. |
Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya). | Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya. |
Ada bangkai, adalah hering. | Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. |
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. | Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita. |
Ada batang, cendawan tumbuh. | Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. |
Ada beras, taruh dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. |
Ada biduk, serempu pula. | Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki. |
Ada bukit, ada paya. | Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya. |
Ada gula, ada semut. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. |
Ada hari, ada nasi. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. |
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. |
Ada jarum hendaklah ada benangnya. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. |
Ada kerak, ada nasi. | Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya. |
Ada laut, ada perampok. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. |
Ada nasi di balik kerak. | Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. |
Ada nyawa ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. |
Ada padang, ada belalang | Ada negeri tentulah ada rakyatnya. |
Ada padi masak, adalah pipit. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. |
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. |
Ada padi, segala menjadi. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. |
Ada pasang surutnya. | Untung dan malang tidak tetap. |
Ada persembahan ada kurnia. | Berbuat baik dibalas baik. |
Ada rotan , ada duri. | Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya. |
Ada rupa, ada harga. | Harga barang menurut rupanya (= keadaannya). |
Ada sampan hendak berenang. | Sengaja bersusah payah. |
Ada seperti tampaknya apung-apung. | Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai. |
Ada sirih hendak makan sepah. | Ada yang baik, hendakkan yang buruk. |
Ada tangga hendak memanjat tiang. | Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. |
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. |
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. | Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. |
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak . . | Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan. |
Adat pulau limburan pasang. . | Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah. |
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung . . | Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = Sejenis buluh besar. |
Adat teluk timbunan kapal (= kapar). (kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.) . | Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. |
Adat tua menahan ragam. . | Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran. |
Adat yang kawi, syarak yang lazim. (kawi = kuat, sakti.). | Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. |
Adat yang menurun, syarak yang mendaki. . | Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. |
Agak lebih daripada agih. . | Banyak bicara, sedikit kerja. |
Agak-agak bertutur malam hari. . | Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu. |
Agih-agih kungkang . (kungkang = kera kecil.). | Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. |
Agung susut, pongah masih. (agung = besar; pongah = angkuh.) . | Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. |
Air beriak tanda tak dalam. . | Banyak bercakap tanda tiada berilmu. |
Air besar sampan tak hanyut. . | Maksud tidak tercapai. |
Air besar, batu bersibak. (sibak = cerai, menepi.) . | Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. |
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan. pelimbahan = tempat air yang kotor.. | Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. |
Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan , gula tertumpah pada kanji. (menonggok = melonggok, menimbun.) | Usaha yang berhasil baik. |
Air dalam terenang. (terenang = tempat air daripada tanah liat.) | Hidup yang tenang dan tenteram. |
Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok. kumbah = mencuci dalam air.. | Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita. |
Air di daun keladi (= talas). . | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. |
Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. . | Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. |
Air dicencang tiada putus. . | Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. |
Air didih menganak sungai . . | Hiburan yang sangat mewah. |
Air digenggam tiada tiris. . | Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. |
Air diminum sembiluan. . | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu. |
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam . . | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. |
Air ditetak tiadakan putus. . | Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. |
Air gedang menghanyutkan. (gedang = besar) | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. |
Air jernih, ikannya jinak. . | Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa. |
Air keruh, limbat keluar. . | Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan. |
Air lalu kubangan tohor. (tohor = dangkal, kering.) . | Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. |
Air laut hijau siapa celup? . | Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan. |
Air mata jatuh ke dalam. . | Berdukacita dengan diam-diam. |
Air mata jatuh ke perut. . | Berdukacita dengan diam-diam. |
Air mudik sungai , semua teluk diranai. (ranai = jalani (boleh jadi ranahi). | Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. . |
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. . | Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. |
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. . | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. |
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. . | Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. |
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. . | Membesar-besarkan perkara yang kecil. |
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. . | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. |
Air susu dibalas dengan air tuba . . | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. |
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.. | Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar. |
Air tenang menghanyutkan. . | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. |
Air tuba dibalas dengan air susu . . | Kejahatan dibalas dengan kebaikan. |
Air yang jernih, sayak yang landai. (sayak = tempurung kelapa .) | Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. |
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. (keruh-keruh kerak = tiada jernih.). | Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. |
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya . . | Orang yang diam jangan disangka pengecut. |
Akal akar berpulas tak patah. . | Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan. |
Akal labah-labah ; di gua buruk suka merakut. (merakut = memasang jaring.) . | Orang jahat yang suka menipu orang. |
Akal sebagai makan nasi lecek. . | Fikiran seperti anak-anak. |
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. . | Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur. |
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang , berlebih. . | Ilmu pengetahuan yang serba tanggung. |
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. . | Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. |
Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati. . | Dalam keadaan yang serba salah. |
Akan pembasuh kaki (= tangan). . | Hadiah kepada orang yang berjasa. |
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. . | Dalam keadaan yang serba salah. |
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun. (jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.) . | Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. |
Akik disangka batu. (akik = Sejenis batu berwarna.) . | Sesuatu yang menghina. |
Aku alah engkaulah menang. . | Tidak mahu mengaku kalah. |
Aku alah, engkau tak menang. . | Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. |
Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu. (olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.) . | Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. |
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. . | Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori. |
Alah di rumpun betung . | Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah. |
Alah limau oleh benalu. (benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.). | Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. |
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. . | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. (merih = pembuluh nafas.) |
Alah membeli, menang memakai. . | Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. |
Alah menang tak tahu, bersorak boleh. . | Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan. |
Alah pinta dibuat sempena. . | Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh. |
Alah sabung, menang sorak. . | Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. |
Alang berjawab, tepuk berbalas. (alang = pemberian, hadiah.) . | Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. |
Alang dijawat, tepuk dibalas. (alang = pemberian, hadiah.) .. | Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. |
Alang-alang berdakwat , biarlah hitam. (alang-alang = tanggung-tanggung.). | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
Alang-alang berminyak, biar licin. . | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. . | Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya. |
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. . | Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya. |
Alim bagai katak di tepi air. . | Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. |
Alim biasa menghukum syarak . . | Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak . |
Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. . | Alpa dan lalai mengakibatkan bencana. |
Alu pencungkil duri. . | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. |
Alur bertempuh, jalan berturut. . | Dilakukan menurut adat yang biasa. |
Amak berlela, amak berupa. . | Banyak tabiat, banyak olehnya. (amak = terlalu banyak.) |
Ambil pati, buangkan ampas. . | Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang. |
Amra disangka kedondong . (Amra = Sejenis mangga.) . | Sesuatu yang baik disangka buruk, hanya kerana melihat rupanya sama dengan yang buruk. |
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. . | Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. |
Anak ayam kebasahan bulu. . | Gelisah resah; menjijikkan. |
Anak badak dihambat-hambat. . | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). |
Anak baik, menantu molek. . | Sangat berbahagia. |
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusu i. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusu kan. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Anak harimau diajar makan daging. . | Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya. |
Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya. . | Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya. |
Anak harimau jangan dibela pelihara. . | Jangan berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat. |
Anak harimau takkan menjadi anak kambing]. . | Orang yang berani takkan penakut. |
Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. . | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. |
Anak kambing takkan menjadi anak harimau. . | Orang yang pengecut tetap pengecut. |
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. . | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. |
Anak kera di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kebuluran. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Anak kera hendak diajar memanjat. . | Hendak mengajar orang yang sudah ahli. |
Anak kucing menjadi harimau. . | Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan. |
Anak kuda bulu kasap. . | Anak muda yang riang gembira. bulu |
Anak kunci jahat, peti derhaka. . | Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya. |
Anak monyet di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kekeringan. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
Anak orang, anak orang juga. . | Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya. |
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. . | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. |
Anak seorang, menantu malim. (malim = ahli agama.) . | Sangat berbahagia. |
Anak seorang, penaka tidak. (penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.). | Mempunyai barang hanya sebuah saja. |
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. . | Pendirian yang tidak tetap. |
Angan lalu, faham tertumbuk. . | Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya. |
Angan-angan menerawang langit. | Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi. |
Angan-angan mengikat tubuh. | Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan. |
Angguk enggan, geleng ia. | Lain di mulut, lain di hati. |
Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan. | Lain di mulut, lain di hati. |
Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan. (anggup-anggip = terkulai-kulai.) | Hidup yang serba susah. |
Angin berputar, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. |
Angin bersiru, kami tahu. | Sudah tahu akan niat seseorang. (bersiru = beralih tujuan.) |
Angin bersiru, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. |
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. | Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga. |
Angkat batang keluar cacing gelang-gelang. | Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya. |
Angkuh terbawa, tampan tertinggal. | Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. |
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair. | Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. |
Anjing bercawat ekor. | Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. |
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. |
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. |
Anjing diberi makan nasi takkan kenyang. | Sia-sia memberi basihat yang baik kepada orang jahat. |
Anjing ditepuk menjungkit ekor. | Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya. |
Anjing galak, babi berani. | Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras. |
Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang. | Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu. |
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Anjing kepada orang, raja kepada kita. | Buruk baik anak sendiri juga. |
Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. | Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. |
Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah. | Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja. |
Anjing terpanggang ekor. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. |
Anjing tiada bercawat ekor. | Sesuatu yang hina dan tiada berguna. |
Anjur surut bak bertanam. | Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan. |
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. |
Antan patah, lesung hilang. | Kemalangan yang bertimpa-timpa. |
Antara dua tengah tiga. | Sakit hampir mati. |
Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. | Susah hati dapat mengubah perangai seseorang. |
Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat. | Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. |
Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan. |
Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya. | Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami. |
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. |
Apa gunanya merak mengigal di hutan. (mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.) | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. |
Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. | Cukup mempunyai segala yang diperlukan. |
Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah. (menawakkan = menggerakkan.) | Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. |
Apa payahnya menggoyangkan lidah saja. | Banyak janji tetapi tidak ditepati. |
Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. | Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya. |
Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. (tampang = benih.) | Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. |
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. |
Apabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya. (tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa .) | Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. |
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku , kalau tidak dibakar. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. |
Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya. | Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi. |
Apalagi sawa , ia berkehendakkan ayamlah! | Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya. |
Apalagilah, pemakan berulam bertemu pucuk! | Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya. |
Api dengan air, alangkah bezanya. | Jahat dengan baik amat jauh bezanya. |
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat. |
Api kecil baik dipadam. | Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi. |
Api makan sekam (= dedak ). | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. |
Api nan tak kunjung padam. | Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas. |
Api padam puntung berasap. (puntung = sisa kayu api yang dibakar.) | Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali. |
Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. | Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai. |
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi. | Orang dagang yang melarat hidupnya. |
Ara tak bergetah. | Suatu perkara yang mustahil. |
Arang di dahi (= di kening, di muka). | Mendapat malu. |
Arang habis besi binasa. | Pekerjaan yang sia-sia. |
Arang habis binasa, tukang hembus penat saja. | Pekerjaan yang sia-sia. |
Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Asal ada kecil pun pada. | Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga. |
Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. |
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. |
Asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). |
Asal berisi tembolok senang hati. | Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati. |
Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk. | Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris. |
Asal ditugal, adalah benih. (tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.) | Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. |
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam. | Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh. |
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya . | Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. |
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). |
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. |
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan. | Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. |
Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan. | Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk. |
Aur ditanam betung tumbuh. | Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit. |
Aus telunjuk mencolek garam . | Hidup dalam kemiskinan. |
Awak alah gelanggang usai. (usai = lengang.) | Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi. |
Awak hendak hilir, ia telah hanyut. | Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain. |
Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi. | Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri. |
Awak kurus daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. |
Awak menangis diberi pisang. | Bujukan (pujukan) yang tepat. |
Awak rendah sangkutan tinggi. | Besar belanja daripada pendapatan. |
Awak sakit daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. |
Awak tikus, hendak menampar kepala kucing . | Melakukan sesuatu yang mustahil. |
Awak yang celaka, orang yang diumpat. | Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan. |
Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya. (ruyung = batang pohon enau.) | Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya. |
Awal dibuat, akhir diingat. | Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu. |
Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak. | Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa. |
Ayam baru belajar berkokok. | Baru cukup umur. |
Ayam berinduk, sirih berjunjung. | Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan. |
Ayam berlaga sekandang. | Berkelahi dengan orang serumah. |
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya. (ayam beroga = ayam hutan.) | Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. |
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. | Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. |
Ayam bertelur di atas padi. | Hidup senang dan mewah. |
Ayam dapat, musang dapat. | Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang. |
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang. | Malang sekali; nasib yang buruk. |
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. | Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. |
Ayam itik, raja pada tempatnya. | Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing. |
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai. (kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.) | Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. |
Ayam pulang ke pautan. | Sudah pada tempatnya. |
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. |
Ayam seekor bertambang dua. | Gadis seorang, dua bujang yang ingin. |
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam. | Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya. |
Ayam tak patuk, itik tak sudu. | Keadaan orang yang hina dalam masyarakat. |
Ayam terlepas, tangan bau tahi. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. |
Ayam terlepas, tangan tercirit. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. |
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling. | Tidak senang melihat kebahagiaan orang. |
Ayam yang tangkas di gelanggang. | Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. |
Peribahasa A
Posted by Maya at Wednesday, May 26, 2010
Labels: PERIBAHASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment