About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tudung Saji



Tudung saji merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Terdapat juga tudung saji daripada mengkuang yang disalut dengan kain baldu. 

Rotan atau buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung saji. Benangnya pula dihasilkan daripada rotan yang telah diraut halus. Daun mengkuang, pandan atau buluh yang telah diraut akan dianyam seperti tikar. Satu bucu yang tajam dihasilkan dengan melengkungkan anyaman tersebut. 

Bucu yang tajam inilah menjadikan anyaman berbentuk tudung saji. Tudung saji akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum ia dibentuk dan dianyam.
Tudung Saji Mengkuang

Kegunaan tudung saji adalah untuk menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain. Tudung saji juga dijadikan sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan luar bandar melalui industri desa (cottage industry). Melalui industri desa juga pendapatan penduduk luar bandar dapat ditingkatkan. Malah ada juga masyarakat Malaysia yang menjadikan tudung saji yang berbagai saiz sebagai hiasan di rumah masing-masing.
 

Pada masa ini terdapat tudung saji yang diperbuat daripada plastik. Ia diperbuat secara komersial dalam industri pembuatan plastik. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk (empat segi, bulat, bujur) dengan pelbagai warna. Keadaan ini mewujudkan penggunaan tudung saji tradisional semakin pupus.


0 comments: