"Maya...akak ada hal sikit nak cakap dengan Maya...Boleh ke?", tanya Kak Sarah pagi kelmarin ketika saya sibuk menguruskan persiapan sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Ibarat guru-guru selalu kata...hari untuk guru-guru syok sendiri. Tak mengapalah, asalkan kita gembira dan bahagia pada hari tersebut sudah memadai...
"Kak Sarah nak cakap apa dengan saya? Ada hal penting yang saya tak tahu ke kak?", soal saya pada Kak Sarah yang akan menamatkan perkhidmatannya hujung tahun ini. "Kak Sarah sebenarnya tengah pening dengan anak bujang Kak Sarah tu...Dia minta akak merisik anak dara orang bulan depan..tapi..", Kak Sarah terdiam seketika. "Tapi kenapa pula kak?Akak tak berkenan ke dengan gadis tu...?", sambung saya lagi. "Kak Sarah risaulah Maya...anak bujang Kak Maya kenal budak tu di internet. Dia pun baru jumpa sekali sahaja dengan budak perempuan tu walaupun dah kenal lama katanya". Kak Sarah meluahkan rasa bimbangnya. "Zaman kita dulu mana ada teknologi sebegini...Apa pendapat Maya? Akak tak dapat berikan jawapan pada anak bujang Kak Sarah tu", jelas Kak Sarah lagi.
Apabila saya diajukan persoalan sebegini, saya jadi terkenang dengan pengalaman yang dilalui oleh adik lelaki saya beberapa tahun dahulu. Percintaannya di internet atau alam cyber hanyalah ilusi dirinya semata. Kegilaannya melayan cinta di internet meninggalkan kesan yang amat tragis dalam kehidupannya . Sehingga aruah ibu saya pernah meminta saya segera merisik gadis yang menjadi idamannya itu kerana dia sering diberitahu oleh adik saya mengenai gadis tersebut. Walaupun saya berjaya menghubungi rakan-rakan rapat gadis tersebut untuk mengetahui mengenai gadis yang diminati oleh adik saya, namun maklumat yang diperolehi begitu terbatas dan akhirnya gagal.
Pada pendapat saya, ketaksuban adik saya telah memakan dirinya sendiri, sedangkan bagi sesetengah orang...hobi melayan cinta internet adalah sekadar hiburan dan mengisi masa lapang mereka tanpa ada niat menjadikan sesuatu hubungan itu serius sehingga ke jinjang pelamin. Bertahun-tahun hidup membujang kerana mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Di dalam soal ini saya meletakkan kesalahan itu pada adik saya kerana mudah menaruh harapan pada sesuatu yang dia sendiri tidak jelas mengenainya.
"Maya...akak tanya ni, mengelamun pulak dia". Kak Sarah mengoyangkan bahu saya. Saya tergelak sendiri kerana sempat pula fikiran saya menerawang ke lain. "Macam mana ya kak...Maya sendiri pun tak tahu nak beri pendapat dalam masalah Kak Sarah ni. Maya manalah ada pengalaman bab minang meminang ni kak..", jelas saya lagi. "Apa kata Kak Sarah jumpa dan berbincang dahulu dengan keluarga gadis itu sebelum merisik secara rasmi...Lagipun keluarga gadis itu mesti berada dalam situasi Kak Sarah juga...Kenal-kenal dahulu la kak". "Itupun kalau cadangan saya boleh dipertimbangkan kak...". Saya memberikan sebuah jawapan yang saya sendiri tidak pasti. Sekadar memberikan sedikit kepuasan pada orang yang meminta pendapat apa salahnya..walaupun apa yang kita berikan itu mungkin tidak boleh digunapakai.
"Betul juga kata Maya tu...akak pun ada terfikir begitu. Orang kata kalau kenal siapa keluarganya, kita tahulah macam mana anaknya", saya mengiyakan kata-kata Kak Sarah. "Terima kasihlah Maya, sekurang-kurangnya akan nampak jalan untuk menyelesaikan kekalutan akak ni",sambil menepuk-nepuk bahu saya. Saya hanya melemparkan senyuman ikhlas tanda menghargai ucapan terima kasih Kak Sarah.
Saya bukan pakar kaunseling atau motivasi, namun saya bersyukur kerana diberikan keyakinan untuk memberikan sedikit sebanyak pendapat yang memberi kelegaan dana kepuasan pada orang lain.
Sekadar Berkongsi Pendapat...
Posted by Maya at Saturday, May 14, 2011
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment