About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bila Berkarya

Hasil karya saya berbentuk cerpen yang pertama kali memenangi pertandingan bertajuk  "Orang Baru". Mengikut aturan mereka yang pakar dalam mengarang cerpen atau novel, sesuatu cerita yang dikarang haruslah mempunyai permulaan yg menarik diikuti puncak klimaks di pertengahan cerita supaya pembaca sangat seronok membaca, dan diakhiri dengan jalan penceritaan yang menimbulkan banyak persoalan agar pembaca terus ingin mengetahui penamat sesebuah cerita.

Buat diri saya sendiri,kebiasaannya saya lebih terarah untuk menghasilkan cerpen-cerpen yang bertemakan kemasyarakatan. Tema begini lebih mudah kerana ianya berlaku di sekeliling kita dan kita dapat menghayati jalan penceritaan dengan lebih berkesan. Berbanding cerpen-cerpen bertema cinta, mungkin agak sukar kerana kehidupan remaja masa kita sudah agak jauh berbeza dengan kehidupan remaja kita dahulu. Mungkin saya terpaksa mengandaikan atau melihat drama-drama di TV untuk mendapatkan idea yang berkesan. Maklumlah zaman saya dulu bercinta masih lagi berkirim-kirim surat. Paling canggih pun guna telefon rumah .
Masa itu belum wujud lagi telefon bimbit atau email secara meluas di kalangan masyarakat kita.

Sebagai masyarakat yang masih lagi terikat dengan agama dan budaya , sesuatu karya itu haruslah atau mesti menerapkan nilai-nilai murni agar pembaca menerima impak atau kesan positif hasil daripada pembacaan mereka terhadap karya kita. Sebagai penulis kita bertanggungjawab terhadap kesan yang mungkin berlaku hasil daripada karya yang tidak bertanggungjawab. Bak kata pepatah" Mata pena itu lebih tajam daripada pedang" .

InsyaAllah karya-karya saya akan menyusul selepas ini jika ada keizinan dariNYA.

0 comments: