About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat saya melestarikan blog ini di alam maya. Pembinaan blog ini cukup bermakna buat diri saya sebagai seorang pendidik.Selain ianya memudahkan saya mencari bahan rujukan P&P ianya juga diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar  membuat rujukan berkaitan dengan cepat hanya di dalam satu blog sahaja.

Walaupun pada dasarnya blog ini dibina hasil dari gabungan pelbagai pihak sama ada di dunia realiti atau di dunia maya, tujuan saya hanya satu iaitu mengarap semuanya sebagai satu warisan nenek moyang yang perlu dipelihara demi generasi akan datang.

Semoga  segala yang berjaya dikoleksikan di sini dapat memberikan manfaat khususnya bagi diri saya sendiri, umumnya bagi pembaca lainnya yang merasa tulisan ini ada manfaatnya. Sesungguhnya segala sesuatu itu adalah pelajaran dan kita boleh mengambil hikmah dari apapun yang telah terjadi , sedang terjadi dan bakal terjadi dalam kehidupan kita.

0 comments: