About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tapak Untuk Berkarya

Keinginan untuk memiliki blog sendiri sudah lama ada di fikiran saya. Sementelah lagi saya telah mengikuti bengkel pembinaan blog yang dianjurkan oleh PKG di tempat saya. Walaupun ketika bengkel dijalankan saya agak ketinggalan berbanding teman-teman yang lebih celik IT, namun dari segi asas pembinaan sesebuah blog itu berjaya juga saya fahami.

Masih lagi terbayang di minda ,di mana ketika sesi pembentangan hasil bengkel tersebut saya merupakan peserta yang mempersembahkan sebuah blog yang amat "buruk".Apa nak buat itu saja yang terbaik berjaya saya lakukan ketika itu. Yang penting mencuba dan berusaha untuk membuktikan kita sebenarnya mempunyai bakat dalam apa jua bidang jika diasuh dengan betul.'Belakang parang diasah lagikan tajam',inikan pula kita manusia yang diberikan akal oleh Allah SWT.

Apabila tapak untuk berkarya sudah ada, masalah yang timbul di fikiran ialah apakah pengisian yang perlu ada dalam blog tersebut. Hasil pemerhatian di internet,kebanyakan blog yang dibina secara percuma digunakan untuk membina blog peribadi. Sebagai pendidik saya melihat blog yang sedemikian hanya boleh dijadikan sebagai bahan bacaan ringan semata-mata dan kurang memberikan faedah  kepada pembaca khususnya kepada pelajar-pelajar.

Saya inginkan sebuah blog di mana ianya secara tidak langsung dapat menyemai dan menanamkan 'sesuatu' di jiwa pembaca. 'Sesuatu'itulah yang sedang bermain-main di minda saya. Sesuatu yang mungkin biasa tetapi akan menjadi luarbiasa jika kita boleh menggunakannya sebagai bahan ilmiah. Atau dengan bahasa mudahnya bahan rujukan kita.

Mudah-mudahan dalam kesibukan menjalankan tugas, saya mendapat idea dan ilham untuk mengisi blog yang baru dibina ini. Harapan saya semoga apa jua yang dipaparkan di dalam blog ini akan membawa kebaikan kepada pembacanya dan dijauhkan daripada tersasar dari tujuan asal pembinaannya. InsyaAllah...

0 comments: