About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perlukan Menciplak atau Meniru Karya Orang lain?

Perlukah kita sebagai penulis menciplak atau meniru idea penulis lain dalam sesebuah karya yang dihasilkan? Secara jujurnya bagi saya peniruan di sini bukan sesuatu yang bersifat salah sama sekali. Jika meniru di dalam peperiksaan mungkin merupakan satu kesalahan yang jelas, tetapi di dalam dunia pengkaryaan kita tidak dapat menghalang kesamaan itu mungkin wujud. Mustahil untuk kita mempunyai pandangan atau idea yang berbeza sama sekali dalam setiap karya.Emosi dan fikiran manusia dalam menangani sesuatu isu kebiasaannya tidak jauh berbeza. Atas dasar itulah kita melihat hasil-hasil karya yang terdapat di pasaran mungkin mempunyai banyak persamaan dalam isu-isu tertentu.

Walau bagaimanapun jika karya tersebut dilihat mempunyai persamaan yang jelas dari segi susunan ayat dan watak-watak , kemungkinan besar itu adalah karya yang diciplak. Sebagai orang yang ingin dilihat atau dikenal sebagai penulis yang beretika,kita seharusnya berasa malu untuk menghakmilik karya orang lain sebagai milik kita. Biarlah kita bertatih dahulu...

0 comments: