Apabila kita ingin berkarya, ayat yang sering dilontarkan atau mungkin terdetik di hati kecil kita adalah"ada bakat ke?" Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bukan semua bakat dilahirkan semula jadi. Di dunia ini pelbagai bakat yang tercipta adalah hasil daripada proses pembelajaran yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Kita melihat kejayaan keluarga Sidek di bidang sukan, semuanya adalah hasil kerja keras mereka yang tidak mengenal erti jemu.Jadi usah kita memperkecil bakat yang kita miliki. Cuba dulu baru tau...
Minat untuk menulis memang telah ada di dalam diri saya sejak zaman remaja lagi. Minat ini mungkin timbul disebabkan hobi saya yang gemar membaca pelbagai jenis buku. Selepas tamat persekolahan saya mengikuti bengkel asas penulisan kreatif yang dianjurkan oleh salah sebuah akhbar terkemuka di negara ini. Sejak dari itu saya mula mencuba pelbagai cerpen dan sajak untuk koleksi peribadi sendiri.
Saya masih ingat lagi semasa berada di maktab perguruan, hasil karya saya iaitu sebuah cerpen telah berjaya mendapat tempat pertama di dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak maktab. Perasaan bangga menyelubungi diri kerana di situlah bermulanya tapak untuk saya bergerak aktif. Saya juga amat bertuah kerana pensyarah pengajian melayu saya merupakan seorang pengkarya hasil-hasil puisi yang amat terkenal di Radio Melaka ketika itu. Melalui beliaulah saya didedahkan dengan lebih dekat bidang penulisan ini.
Mungkin juga hasil pendekatan beliau itu juga menumbuhkan minat yang mendalam di jiwa saya untuk menggali dan menyelongkar segala peninggalan warisan melayu yang telah diamalkan dan dimiliki oleh nenek moyang kita selama ini. Segala artikel berkaitan warisan dikelaskan mengikut label yang berkenaan manakala segala hasil penulisan saya akan di labelkan sebagai 'karya peribadi'. Ini untuk memudahkan saya dan juga pembaca membezakan hasil karya saya dengan karya-karya yang dikoleksikan oleh saya di dalam blog ini.
Akhirnya saya telah menetapkan pendirian untuk menjadikan warisan nenek moyang sebagai intipati utama kandungan blog ini. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan seperti yang diinginkan...InsyaAllah.
Ada Bakat ke?
Posted by Maya at Friday, January 08, 2010
Labels: UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
teruskan perjuangan saudari maya
terima kasih atas sokongan..
Post a Comment