About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kekangan

Alhamdulillah...setelah sebulan lebih saya tidak berkesempatan untuk 'mengupdate' blog ini, hari ini saya dapat meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu di sini...Kekangan masa menjadi penyebab utama saya tidak dapat bergiat aktif untuk memakmurkan blog saya ini.

Selain sibuk dengan rutin tugas seharian, kini saya juga sibuk melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan di komuniti tempat saya tinggal. Apabila sudah dilantik sebagai sebahagian daripada jawatankuasa, sudah pasti saya sama ada secara rela atau terpaksa, akan menyumbang serba sedikit tenaga dan buah fikiran demi kemajuan biro wanita yang ditubuhkan. Walau bagaimanapun penglibatan ini tidaklah sehingga menjejaskan tugas dan kewajipan utama saya sebagai pendidik. InsyaAllah...

2 comments:

haticurio - curioheart said...

Sebahagian kekangan tentunya cobaan, melepasi kekangan anjakan kemampuan,senyuman penerima bakti, tentunya kepuasan diri.. di sisi Tuhan tentu banyak lagi.. :)

Maya said...

Alhamdulillah tuan...saya amat mengagumi setiap bait yang dilontarkan...amat menguji minda saya untuk memahami makna yang tersirat dan tersurat.Terima kasih...blog tuan juga sangat menarik...