About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Erti Kehidupan

Awal tanpa sedar
Penghujung tanpa noktah
Erti sebuah kehidupan yang aku fahami
Sedih, gembira, suka dan duka
Menjadi rencah pelengkap rasa
 
Kehidupan ini sekadar pinjaman?
Pernahkah kita menghayati erti sebuah kehidupan? 
Cukupkah sudah segala amalan?
 
Tidak ku tahu bilakan pergi... 
Andaiku tahu pasti tiada yang lalai terhadap diri 
Yang berlalu pastinya satu kerugian 
Bagi mereka yang tidak menjalankan kewajipan
 
Nasihat ini buat diri sendiri
Aku berusaha menjadi yang beruntung
Di mana setiap hari amalan dihitung
Setiap harinya adalah kebaikan,
Setiap harinya membawa keuntungan...
 
Namun aku masih begini
Sekadar berjanji tidak pada hati
Apakah 'nur' itu telah pergi dari hati ini?
Ya Allah tabahkanlah hati kecilku ini
Agar setiap janji dapat kutepati
Bukan sekadar berjanji tetapi masih begini

Aku tidak mahu terperangkap di dalam diri ku
lagi.....

1 comments:

haticurio - curioheart said...

tepat sekali kata Kirana, bila di sebut mati seolah-olahnya semuanya terhenti sedangkan hakikatnya noktah tiada samada selamanya di neraka atau pun di syurga. bermula tanpa sedar namun bila melihat kelahiran begitulah agaknya kita. Saya dah baca 3 kali, saya suka, best... :)