Astgharfirullah al azim..entah berapa kali tidur saya terganggu malam tadi dengan mimpi-mimpi yang membuat hati resah dan gelisah..baru saja dapat melelapkan mata, mimpi itu datang kembali..umpama satu kisah dalam filem yang sedang dalam pembikinan..Petanda apakah ini..kedinginan penghawa dingin tidak dapat menyejukkan dan menghilangkan perasaan resah yang melanda..
Teringat kepada seorang sahabat yang begitu taksub mencari tafsiran mimpi di sekolah.."Kak Maya tau tak maksud kalau mimpi begini..mimpi begitu..", itulah ayat yang sering dilontarkan Saida kepada saya setiap kali bermimpi. Saya sering memberikan jawapan yang spontan dan itu membuat dia bagai cacing kepanasan. " Kak Maya serius ke ni..?", dan biasanya saya cuma tergelak melihat gelagatnya.. Pastinya aktiviti dia bertambah hari itu untuk mencari firasat mimpinya. Kebetulan pula di pusat sumber sekolah saya ada sebuah buku mengenai firasat mimpi. Mungkin hanya kebetulan apa yang dimimpinya membawa maksud yang bersamaan dengan firasat yang dibacanya..
Saya hanya suka mendengar tetapi belum lagi ingin mengaitkan mimpi-mimpi yang dialami dengan firasat-firasat itu. Membacanya pun saya takut..bagi saya mimpi hanya sekadar permainan tidur atau gangguan syaitan yang ingin menyesatkan. Jika benar sekalipun dengan apa yang dimaksudkan..semuanya adalah kebetulan dan sememangnya telah dalam perancangan Allah..
Dalam takut-takut, sempat juga jari jemari ini menaip laju mencari halaman yang berkaitan dengan mimpi yang saya alami..Sebenarnya saya bermimpi Tsunami datang melanda tempat saya tinggal. Saya dapat merasakan keletihannya seolah-olah saya memang betul-betul cuba menyelamatkan diri bersama keluarga dan jiran tetangga. Mungkin sebelum ini saya terlalu banyak membaca berkaitan perkara tersebut agaknya (Tsunami di Indonesia).
Akhirnya ketukan jari dan tatapan mata saya terhenti di sini..
Inilah antara tafsir mimpi yang saya dapat :
-wang
-kemeriahan
-penambahan dalam perniagaan
-pendapatan
-perkahwinan
Macam-macam tafsir mimpi yang keluar.... saya nak pilih yang no.2, no. 5 dan no.7 je boleh?
5 comments:
Assalamualaikum...Ya Allah..mimpi tsunami mmg sgt2 menakut kan...godek2 gugel trs jpa blog ni..tp x puas ht sbb byk sgt tafsir kan..hmm...harap yg baik2 saja..
Semalam saya mimpi berada di sebuah rumah di pinggir pantai ..saya melihat ombak mula kuat dan tiba-tiba ombak yg maha besar datang tingggi dan sangat tinggi saya mengajak orang dan keluarga pergi ke dataram yg tinggi saya bilang mungkin sunami datang....tapi sy pun gk tau apa arti mimpi itu....semua org selamat..moga itu adalah ke baikan...buat sy...amin...
Sy xsilap da 3x mimpi tsunami...tp dlm mimpi tu sy selamat.yg terbaru sy mimpi arini... Sy dan suami ada dlm rumah atas air yg dibina tepi pantai tiba2 bila sy jenguk ke luar sy nmpk air deras skali dgn pokok2 yg peliknye air tu menuju kt rumah atas air tu tp sy dan suami mampu lari selamatkan diri ke tmpt tinggi.dalam perjalanan sy nmpk pokok tumbang seakan ada org potong tp xkena langsung dekat org yg duduk bdekatan pokok tu.tiba2 dah smpai ke tmpt pginapan kami sy nmpk org gaji dlm rumah tu amik makanan saya dan ckp makanan ni untuk kwn sy liza.btw liza ni mmg wujud pn.bgn tido mmg badan rase penat.sy dulu jrng sgt dpt mimpi tp sejak kawin selalu mimpi tp mimpi yg sama.apa maksud wallahualam.wlpun org kata mimpi mainan tido tp kalau berulang pelik jugak.moga semua baik2 sahaja.amin
Smlm sy jgk bermimpi tsunami. Bukan pertama kali tapi dlm tahun ni dh terlalu byk mimpi tsunami/ombak tinggi. Setiap kali mimpi, keadaan n tmpt seakan2 sama. Cuma yg berbeza tmpt perlindungan. Smlm sy berlindung di bawah jambatan konkrit tp kene tempias air ombak. Skrg masih terasa ketakutannya..
Salam warga majalah. .Tadi mlm saya bermimpi ombak besar sangat sampai ombaknya. Naik ke belakang rmh saya . Perasaan rumah saya ada di tepi pantai . Tpi semua org slmt ..Petanda apakah itu?
Post a Comment