"Kak Maya...", panggilan itu menghentikan tumpuan saya yang sedang khyusuk membaca surat khabar di pusat sumber. Saya segera berpaling ke arah suara itu. " Eh, Ani...panggil Kak Maya ke tadi?, saya sengaja mengulang soalan yang agak kurang bijak..walaupun saya tahu hanya kami berdua berada di situ..Ani mengangguk sambil tersenyum manis..."Lawa sungguh budak ni..macam anak dara..patutlah ramai peminat",bisik hati saya.
"Saya nak tanya sikit pada Kak Maya boleh tak?",dia berkata tanpa memandang ke arah saya. Ada rasa serba salah pada riak wajahnya..Saya membalas dengan mengangguk sahaja..entah apa sebabnya terasa kelu pula lidah..atau saya sendiri berasa serba salah bila berhadapan dengannya..mungkin disebabkan khabar angin yang bertiup kencang itu..
"Betul ke Puan GB ( guru besar ) ada cakap sesuatu pada mesyuarat minggu lepas mengenai saya kak ?", agak terketar dia bertanyakan soalan itu. Saya memandang tepat ke wajahnya..ada rasa serba salah untuk menjelaskan hal sebenar. Seingat saya memang hal tersebut ada dinyatakan dengan jelas dalam mesyuarat tempoh hari. Siapa yang makan cili memang terasa sangat pedasnya ketika itu. Malangnya Ani tidak hadir pada hari tersebut tetapi pasangan yang digosip dengannya ada..membiru muka dan pastinya beliau begitu tersentak dengan teguran yang terkena batang hidungnya sendiri walau tidak dinyatakan siapa yang terlibat. Kami hanya berpandangan sesama sendiri..
"Kak Maya nak tanya ni..betul ke apa yang Kak Maya dengar selama ini?", saya pula membalikkan persoalan tersebut padanya. "Sebelum Kak Maya beri pendapat dan nasihat elok Ani jelaskan pada akak..", saya merenung tepat ke matanya..inginkan sebuah jawapan yang pasti..tidak lagi mahu berteka teki bila sudah berhadapan dengan yang empunya diri.
"Orang dah salah anggap tu kak..Ani tak ada apa-apa pun dengan Cikgu lim tu..kami cuma berkawan je..", Ani cuba menjelaskan dengan nada bergetar..seolah-olah masih cuba menyembunyikan sesuatu. Saya masih memandang tepat ke wajahnya..mungkin masih tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan atau saya tidak melihat adanya kejujuran dalam jawapan yang diberikan. "Ani tengok akak sini...cuba Ani jelaskan hal yang sebenar...akak tak mahu Ani selindungkan sesuatu jika ingin pendapat atau nasihat Kak Maya..", saya agak berkeras sedikit..tidak mahu perkara ini berlarutan dan tidak berpenghujung..
"Ermm..kan senang kalau Ani berterus terang begini..", saya menghela nafas sedikit lega bila segalanya jelas. Sebagai seorang kakak dan dengan sedikit asam garam kehidupan yang dimiliki..saya hanya mampu memberi nasihat yang terbaik untuk dia sendiri memikirkan..letakkan agama paling atas dalam apa jua yang kita lakukan..InsyaAllah kita akan terhindar dari melakukan perkara yang ditegah..Jika kaum lelaki syurga terletak di bawah telapak kaki ibu..kaum wanita yang bersuami pula boleh memilih mana-mana pintu untuk memasukki syurga jika ketaatan berlandaskan agama menjadi pegangan..
Hampir sejam masa 'free' saya dihabiskan bersama Ani..Ada airmata yang membasahi wajahnya yang ayu itu..airmata keinsafan atas ketelanjurannya menyimpangkan hati pada orang yang tidak berhak..Syukurlah dia cepat tersedar dari mimpinya..mimpi indah yang mungkin menjadi mimpi ngeri jika tidak ada siapa yang mengejutkannya..mimpi indah yang memungkinkan kita akan kehilangan segala-galanya..
Mengapa Ada Dusta (episod akhir)
Posted by Maya at Monday, April 30, 2012
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment