About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Silat Pulut (Pengantin)

Dalam adat majlis pengantin ni ada falsafah tersirat. Bunga telur, merenjis beras kunyit dan air mawar kepada pengantin dsbnya semua ada maksud dan falsafahnya. Adat dan adab Melayu sudah elok disusun oleh orang tua2 dahulu. Kita sahaja yg masih jahil tidak mahu memahami.

Begitu juga dengan bersilat dgn silat sembah pengantin atau silat pulut di hadapan pengantin. Silat Sembah Pengantin bertari dgn sembah hormat dan berjalan mengadap pengantin sebagai menghormati dan memuliakan pengantin sebagai Raja Sehari. Ada maksud dan falsafahnya kenapa perlu di'sembah' pasangan pengantin.

Apa pula kaitannya permainan silat pulut yg dilakukan dgn lemah lembut dan beradab di hadapan pengantin selepas melakukan tari sembah hormat pengantin?? Nak beri tumbukan jgn bagi kena dan jgn kuat. Nak kilas mengunci tangan pun jgn bagi habis kuncian. Jgn sesekali menjatuhkan pasangan silat pulut dihadapan pengantin dan orang ramai. Perkara utama dlm silat pulut dihadapan pengantin ialah jgn jatuhkan maruah atau beri aib dlm permainan silat pulut.

Adakah sesuai bagi jatuh dan berguling dalam silat pulut dan selepas itu nak meraikan majlis pengantin dgn bersilaturrahim dan menjamu selera? Sudah tentu tak mahu berpakaian kotor bukan?? Apa ertinya falsafah permainan silat pulut untuk dipersembahkan dihadapan pengantin? Setiap gerak permainan silat pulut bercerita kepada pasangan mempelai. Hidup rukun aman bahagia... diberkati Allah. Cuba fikirkan... Gerak mesti sama cerita untuk meraikan pasangan pengantin..

0 comments: