KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera
diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun
dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai
kemaluan penjenayah terbabit.
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan
Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang
berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.. ( petikan dari akhbar Utusan Malaysia Online..)
Berita yang terpapar di dada-dada akhbar pada minggu lepas menarik ramai pembaca wanita untuk berasa kagum dengan seorang mangsa yang hampir-hampir dirogol. Respon spontan mereka ialah " Allah dah bayar "cash" di dunia lagi..padan muka! Kejadian yang menimpa mangsa seolah-olah memberi semangat untuk masing-masing bertindakbalas jika sesuatu berlaku terhadap diri.
Kalau tidak ada ilmu mempertahankan diri seperti silat atau tae kwan do rasanya susah juga untuk bertindak balas dalam saat-saat genting sebegitu. Sehinggakan teman-teman Maya berhajat untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri pula. "Jom, kita join budak-budak silat atau tae kwan do di padang tu..," seloroh Kak Yati yang akan pencen tahun depan. "Akak bersemangat ni..", sambil menyingsing lengan bajunya lalu disambut dengan gelak tawa yang memecah keheningan pagi itu di kantin.
Tidak sia-sia rasanya saya menghantar anak gadis saya ke kelas tae kwan do selama ini. Sejak anak saya di sekolah rendah lagi ( sekolah aliran cina ) dia telah menguasai ilmu mempertahankan diri ini. Saya lebih suka dia terlibat dengan aktiviti sedemikian berbanding aktiviti yang lain. Ada juga faedahnya jika berlaku perkara-perkara kecemasan sebegini..Nauzubillah..moga dijauhkan dari terjadi pada diri kita, kaum keluarga juga sahabat handai. Hidup di dalam dunia yang semakin penuh pancaroba ini memaksa kita sebagai ibu bapa untuk melakukan sesuatu demi kebaikan dan keselamatan anak dan keluarga.
Berkorbanlah sedikit untuk aktiviti sebegini..usahlah lagi kita banyak membazirkan peruntukan kewangan pada hal-hal yang kurang berfaedah seperti mengumpul koleksi hiasan rumah, menukar langsir saban tahun atau berlumba-lumba sesama jiran tetangga mengenai apa yang dia ada..atau yang kita ada..Dahulukan mengikut keutamaan, dan tidak pula menjadi kesalahan jika kita mempunyai lebihan untuk memiliki apa yang kita minati itu. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri..jangan sampai biar papa asal bergaya..
Saya sendiri secara peribadi cukup seronok dan amat berbangga sekali bila anak-anak murid di tempat saya bertugas mampu menempatkan diri mereka antara yang terbaik dalam ilmu persilatan ini. Cukup mengagumkan aksi mereka dan pastinya mereka ini akan terhindar dari aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Sudah sampai masanya kita melangkah seiring dengan kaum-kaum yang lain di mana menuntut ilmu dalam pelbagai bidang itu satu keutamaan yang paling teratas.
Berkorban Sedikit
Posted by Maya at Saturday, April 28, 2012
Labels: UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment