About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengapa Ada Dusta ( episod 1 )

"Kak Maya...", terdengar satu suara halus seakan menganggu di cuping telinga saya. Bila berpaling saja ke belakang, kelihatan Hana berlari-lari anak menuju ke arah saya. "Eh, apa kena dengan Hana ni !", hatiku berbisik. Ada mata-mata yang memandang ke arah kami. Mungkin sedikit hairan melihat Hana yang bersaiz agak besar itu terkocoh-kocoh mendapatkan saya. Seperti ada sesuatu yang maha penting untuk disampaikan..

Sebaik berada di depan Maya, dia termegah-mengah kepenatan. Lucu pun ada melihat gelagatnya..Tarik bafas...lepas...dia seolah-olah memberi arahan kepada dirinya sendiri sambil tersenyum memandang ke wajah saya. "Kak Maya dari mana?..seorang je ke..? abang tak ikut..? , bertubi-tubi soalan diajukan tanpa memberi ruang saya menjawab. "Aha..Kak Maya sorang je ni...jomlah kalau Hana nak belanja Kak Maya..", saya sengaja mengusiknya. Hana menarik tangan saya menuju ke restoran yang betul-betul bersebelahan tempat kami bersembang. Saya mengikut tanpa banyak soal...seperti dipukau.. gamaknyalah sebab saya tak pernah mengalaminya..

"Masalah besar ni Kak Maya...Kak Maya tau tak?", bersungguh-sungguh Hana cuba menyampaikan sesuatu yang membuat saya sendiri terpinga-pinga. " Apa halnya ni Hana..? Cubalah bawa bertenang..cerita satu-satu..", saya menepuk-nepuk bahunya. "Panjang ceritanya Kak Maya..tapi Hana pendekkan ya..", dia sendiri membuat keputusan sambil matanya memandang ke kiri dan kanan. "Haa.. nak mengumpatlah tu..melingas je biji mata tu...", Hana tergelak kecil. Saya turut tersenyum melihat gelagatnya.

"Kak Maya nak minum apa?, biar kali ini Hana belanja. Kak Maya 'order' je", sambil tangan melambai-lambat ke arah pelayan restoran tersebut. "Alang-alang orang nak belanja ni , Kak Maya nak makan macam-macamlah", saya sengaja mengusiknya lagi. "Kak Maya nak oren jus je Hana, perut masih kenyang..lagipun Kak Maya tak boleh lama..gurl Kak Maya tu ada tusyen petang ni..", saya memberi penjelasan pada Hana sebagai isyarat dia kena cepat-cepat memberitahu perkara penting itu. "Kak Maya tau tak Kak Ani tu ada 'affair' dengan cikgu Lim. Mereka semua dah hebuh kak...", Hana memberitahu hal itu dengan bersungguh-sungguh. "Oh, mungkin mereka hanya berkawan baik je..jangan cepat sangat membuat spekulasi..takut jadi fitnah..berdosa kita..", saya tidak menunjukkan rasa terkejut mendengar berita tersebut. Saya tidak harus melatah dengan sesuatu yang saya sendiri tidak tahu kebenarannya.

0 comments: