About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pencarian Yang Pasti..


Derap langkah semakin lemah
Tubuh lesu makin tak berdaya
Pegangan tidak sekuat dulu
Memikul letih bebanan
Penantian bagai tidak berpenghujung
Kabut kelam disirna cahaya suram
Matahari seakan enggan kembali
Debu jalanan terasa pekat
Di tengah kota..
Pengembara
Hilang pedoman..
Tidak ditemukan jalan
Mencari mata air sejernih intan
Sejuk laksana salji di pergunungan
Dan senja itu..seperti biasa
Pengembara sepi
Menatap dermaga
tidak bertepi..
Ditemani nyanyian sang camar
Esok aku akan kembali
Mencari sesuatu yang aku pasti..
Biar bosan melanda
Aku pasti ..
akhirnya akan ku temui jatidiri..



Hasil Karya : Maya Kirana

0 comments: