About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mi Bandung Muar

Bila menyebut bandar Muar, Johor ( kampung kelahiran saya) pasti di dalam fikiran tergambar mi bandung Muar yang begitu enak sekali. Sepanjang saya bermastautin di negeri kelahiran suami di Perak ni, saya belum lagi terjumpa mi bandung yang seenak di tanah tumpah darah saya itu. Saya sendiri pun belum lagi mampu menyediakan hidangan mi bandung yang serupa itu..cuma mungkin ianya lebih sedap berbanding yang terdapat di sini ( pendapat teman-teman yang telah merasai masakan mi bandung saya ). Di sini saya paparkan resipi mi bandung bagi mereka yang berminat mencubanya..


 BAHAN A:
3 sudu besar cili kering (giling)
50 gm udang kering (tumbuk)
5 ulas bawang kecil (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar kacang tanah (tumbuk)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk memasak

BAHAN B:
1 bungkus mi
500 ml air
200 gm udang
100 gm sotong
200 gm sawi
2 biji telur
Sedikit bawang goring

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan kesemua bahan A, apabila sudah garing masukkan air dan biarkan hingga
   mendidih.
2.Masukkan sotong, udang dan sawi.
3.Masukkan pula mi dan pecahkan telur.
4.Akhir sekali masukkan air dan biarkan mendidih.

Anda boleh menambahkan ayam atau daging untuk mempelbagai bahan kuah tersebut. Hidangkan panas-panas..

0 comments: