About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengapa Ada Dusta ( episod 2 )

Pagi Isnin seperti biasa  satu perhimpunan rasmi diadakan dan...mata ini begitu cepat melirih ke arah dua orang teman silih berganti.."Ah, tak mungkin...",desis hati mengatakan. Tumpuan saya sedikit terganggu dengan perkhabaran yang disampaikan oleh Hana tempoh hari. Rasa kesal kerana mendengar sesuatu yang saya sendiri tidak berminat mengetahuinya..dan sedikit kecewa jika ianya benar-benar berlaku..

"Eh, betul ke apa yang saya lihat ni..", seharian saya seolah-olah menjadi seorang perisik yang ingin mengesan penjenayah. Saya melihat pasangan yang diperkatakan itu saling berbalas senyum dan memberikan isyarat mata dan berjalan beriringan ke kantin. Saya hanya mampu memandang dan fikiran seakan-akan ingin mengiakan apa yang disampaikan oleh Hana itu. Mungkin hanya kebetulan..dan sebagai rakan seperjuangan apa salahnya ke kantin untuk makan bersama-sama. Saya juga sering makan bersama teman berlainan jantina semasa bekerja..Adakah itu suatu kesalahan dan boleh dianggap ada hubungan intim?

"Kak Maya perhatikan betul-betul, setiap masa terluang pasti mereka akan bermain 'SMS'. Haaa.. nampak tak Kak Maya? Hana seakan mahu saya percaya apa yang telah disampaikannya itu". "Ishh...Hana ni, entah-entah dia 'SMS' keluarganya..jangan cepat sangat buat andaian yang bukan-bukan..", saya cuba menidakkan kata-kata Hana. "Eeeii Kak Maya ni....haa tengok! mereka senyum-senyum serentak tu", Hana berbisik sambil tergelak kecil. Saya menjegilkan mata pada Hana sebagai isyarat berhati-hati. Saya tidak mahu ada masalah lain pula yang timbul..Bertugas di satu bumbung yang sama, saya tidak mahu ada di antara kami berselisih faham dan saling curiga-mencurigai hingga menjejaskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk mendidik anak bangsa.

"Haa..tu nak ke mana pula..", saya menjerit kecil ketika Hana tiba-tiba melangkah laju meninggalkan saya terpinga-pinga.. "Hahaha..ada panggilan kecemasan la Kak Maya.. ", terkekeh-kekeh dia tergelak menuju ke bilik air. "Ishhh..budak ni", gerutu hati kecil saya..seraya menyambung tugas yang sedikit sebanyak terbengkalai disebabkan 'gosip'yang tidak lagi saya ketahui kebenarannya...

0 comments: