Ketika usia semakin menginjak ke separuh abad, ketika melihat anak-anak kecil bekejaran.. kita seringkali terkenang masa-masa kecil dulu. Terkenang macam macam perkara yang kelakar, pelik,
seronok, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang
pernah terjadi dalam hidup kita semua. Baiklah untuk kali ini saya ingin berkongsi memori indah yang masih terpahat dalam kenangan..
Mungkin ada antara teman-teman yang melalui situasi sebegini. Masa kecil dulu, ibu bapa Maya mesti marah tiap kali Maya ber'aku', 'kau' dengan
kawan- kawan. Kawan -kawan Maya pun kata" mak saya katakan, kalau kita cakap 'aku' nanti kita jadik hantu paku
tau" . Dengan muka yang serius..Disebabkan ayat sebegitu sering diulang-ulang maka Maya pun percaya sajalah kerana mak dia yang beritahu perkara itu.
Masakan orang dewasa mahu menipu. Mereka juga yang menasihati kita
supaya jangan menipu kerana menipu itu berdosa..
Jenuh juga Maya cuba membayangkan macamanalah rupa hantu paku itu masa tu..Masa berlalu..dan disebabkan momokan sedemikian maka kami sentiasa berwaspada apabila bercakap antara satu sama lain. Mungkin sebab itu agaknya anak-anak yang dilahirkan di zaman retro lebih sopan bila berbicara :) . Walaupun satu penipuan..kerana sehingga kini tidak terbukti hantu paku itu wujud..namun kesan positif dari momokan sedemikian yang harus kita lihat.
Mungkin momokan sedemikian tidak sesuai dilakukan pada masa kini..sebabnya mudah..terlalu banyak hantu yang boleh dilihat oleh anak-anak kita di televisyen..setakat hantu paku apalah sangat..
Hantu Kak Limah Balik Kampung pun mereka tergelak je...
Momokan..
Posted by Maya at Wednesday, December 05, 2012 0 comments
Labels: KENANGAN
Kembali Lagi..
Setelah berbulan-bulan lamanya saya tidak berblog.. banyak
alasan yang tidak penting, akhirnya saya cuba mulakan lagi. Terasa janggal ketika
memulakannya, seperti pertama kali berblog..
Sudah terlalu banyak
peristiwa yang sudah saya lalui dan tidak sempat saya ceritakan di sini.
Entah sudah berapa banyak idea yang terpaksa diperap dan berkarat
lantaran alasan-alasan tak penting itu. Saya berusaha memulakan lagi.
Dalam
momen cuti sekolah yang panjang ini, dengan segala kejernihan hati , saya meminta maaf buat
teman-teman yang selalu mendukung dan memberi dorongan dan buat rakan-rakan blogger yang saban hari berkunjung untuk mendapatkan hal yang itu-itu saja.
Posted by Maya at Wednesday, December 05, 2012 0 comments
Labels: UMUM
Bubur Chacha
Miss Quek ini boleh tahan garangnya ketika mengajar kami memasak..namun berkat kesabarannya mengajar kami yang keras tangan inilah, kami boleh menjadi tukang masak yang baik untuk keluarga hari ini. Terima kasih cikgu..
Ini contoh resipi bubur caca yang Maya ambil di internet. Lebih enak jika kita campurkan ubi keledek yang dipotong kecil ke dalam bubur caca tersebut.
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
- 2 cawan bubur chacha
- 500 ml santan
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
Cara-cara
- basuh bubur cacar/chacha sehingga bersih dan direbus sehingga empuk
- panaskan santan dengan api yang sederhana agar santan tidak pecah minyak
- masukkan bubur cacar/chacha yang sudah empuk, gula dan daun pandan (simpulkan daun pandan terlebih dahulu) ~ sukatan santan dan gula boleh ditambah atau dikurang mengikut selera anda ~
- masak bubur cacar/chacha sehingga pekat
Posted by Maya at Tuesday, May 29, 2012 0 comments
Labels: RESEPI
Berkorban Masa
Cuti sekolah datang lagi...dan seperti kebiasaannya Maya menerima banyak undangan majlis perkahwinan sama ada di sini atau di kampung Maya di Johor sana. Apakan daya..hanya ucapan tahniah yang dapat Maya titipkan melalui telefon pada mereka yang sudi menjemput. Kekangan masa yang begitu terhad, tidak mengizinkan Maya untuk memenuhi semua undangan.
Hujung minggu lepas Maya berkesempatan balik ke kampung Maya di Muar sana untuk menghadiri majlis pertunangan anak saudara perempuan Maya. Alhamdulillah dapatlah Maya berjumpa dengan sanak saudara Maya untuk melepas rindu..Maya juga amat bersyukur bila melihat adik Maya yang sakit (seperti yang Maya pernah tulis di sini) semakin sihat sekarang. Hanya nasihat dan pesanan yang dapat Maya berikan agar dia sentiasa menjaga kesihatannya..
Anak saudara Maya dipinang oleh anak teruna dari Selangor..kawan sama belajar di universiti katanya. barang hantaran antara dua negeri ini tidaklah banyak berbeza..ada persalinan lengkap dan ada juga kuih muih sebagai pemanis. Pada asalnya hanya 7 dulang berbalas 9, tetapi akhirnya bilangan itu bertambah menjadi 17 belas dulang bila saudara mara masing-masing menghadiahkan "sesuatu"..Untuk tidak mengecilkan hati pemberi..maka "sesuatu" itu terpaksalah diberikan juga kepada pihak lelaki..untung besarlah pihak sana ya :). Rezeki..
Apa yang menarik pada majlis tersebut, turut diberikan satu hantaran khas untuk si kakak yang belum lagi berpunya..sepersalinan baju dan juga sebentuk cincin. "Wah, untunglah angah ya..", saya saja mengusik anak buah saya..kakak kepada si adik yang bertunang. Angah cuma tersenyum... "Mak Lang tak ada calon ke untuk Angah?", dengan selamba dia menyoal saya pula. "Kalau Angah tak memilih..Mak Lang ada banyak calon ni..nanti Mak Lang bagi album gambar calon-calon tu", berderai gelak ketawa petang itu setelah majlis selesai. Rasa pantas sungguh masa berlalu...anak-anak buah semuanya semakin menginjak dewasa sekarang.
Walau bagaimanapun Maya tidak dapat lama berada di sana kerana anak pula sibuk dengan kelas 'tuisyen'nya. Nampaknya tahun ini Maya terpaksa melupakan rancangan untuk bercuti ke mana-mana sehinggalah anak selesai menghadapi PMRnya. Bagi Maya, meskipun bertugas sebagai pendidik namun masih memerlukan kelas 'tuisyen' ini untuk membantu anak memantapkan pemahamannya. Bukan untuk memperkecil atau menidakkan kemampuan guru-guru di sekolah menengah anak Maya tu, cuma bagi Maya hanya kelas 'tuisyen' itulah masa untuk anak Maya mengulangkaji pelajarannya secara teratur. Bimbang juga jika di rumah dia tidak fokus dan mengulangkaji..maklumlah kadang-kadang rancangan K-Pop yang diminatinya itu lebih kuat tarikannya untuk ditonton di televisyen.
Sama-samalah kita menjadi pendorong dan sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak agar mereka sentiasa berada di landasan yang betul untuk mengharungi kehidupan mendatang yang penuh pancaroba ini. InsyaAllah..
Posted by Maya at Tuesday, May 29, 2012 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Selamat Hari Guru 2012
Posted by Maya at Wednesday, May 16, 2012 1 comments
Labels: UMUM
Kuih Lopes
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecl garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam.
Cara penyediaan:
1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air yang dicampurkan dengan perwarna hijau dan air kapur. Rendamkan selama 3jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Toskan beras dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
4. Kemudian masukkan santan yang dicampurkan dgn garam dan air pandan kukus lagi selama 30minit.
5. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yg telah masak tadi dan tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
6. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Bahan Untuk Air Gula:
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan ~ disimpul.
Cara penyediaan:
~ Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.
Posted by Maya at Sunday, May 13, 2012 0 comments
Labels: RESEPI
Malang Tak Berbau..
"Cikgu.......cikgu! Danial berdarah..!", saya dikejutkan dengan jeritan beberapa orang pelajar ketika baru saja hendak melangkah keluar dari bilik untuk pulang tengah hari tadi. "Masalah lagi...kenapalah budak-budak ni tak balik lagi..jam dah 12.45 tengah hari. Sepatutnya hari Jumaat jam 12.00 ibu bapa dah ambil mereka...",gerutu hati saya sedikit kesal. Dalam keterpaksaan saya harus juga mengambil tahu apa yang terjadi untuk mengelakkan masalah timbul kemudian hari.
"Awak berdua mari sini !", saya sedikit menjerit. Mungkin sedikit emosi..maklumlah hari Jumaat saya harus bergegas untuk mengambil anak, juga disebabkan suami pulang ke rumah untuk makan sebelum menunaikan solat Jumaat. Jika hari-hari biasa saya mungkin tidak sekalut ini. Patutlah suami selalu menegur..sibukkan sangat anak orang, anak sendiri terabai. Erm..
"Cepat bagitau cikgu apa yang berlaku tadi?",saya mendesak. Dalam sedu sedan kedua-dua yang terlibat saling tuduh menuduh antara satu sama lain. "Beritahu cikgu sorang-sorang!",saya terus meninggikan suara bila melihat masing-masing tidak mahu mengaku punca berlakunya kejadian tersebut. "Awak yang sepak muka Danial sampai luka ke Aizat? Kenapa awak buat macam tu?", geram berbaur marah membara di dalam hati. "Dia ajak saya main lawan-lawan...saya lawanlah", dia menjelaskan sambil menangis. Saya terus menepuk dahi..sabar jelah dengan perangai budak-budak ni. Nasib baik budak-budak tahun 2, kalau murid tahun 5 atau tahun 6 memang tunggu ajelah nasib mereka nanti.
Saya memeriksa keadaan Danial, agak teruk juga calar di pipi dan dahinya. Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, ketika mereka berdua bergumpal di atas padang, muka Danial telah terkena ranting kayu yang terdapat di padang. Maknanya bukan disebabkan tumbukan Aizat. Tapi puncanya tetap salah...bergaduh selepas waktu sekolah.
Ketika saya bingung memikirkan apa yang perlu dibuat, tiba-tiba Danial mencapai beg dan terus berlari.."Van dia dah sampai cikgu", jelas seorang pelajar yang berada di situ. Saya tidak sempat untuk menyelesaikan perkara itu..tergantung begitu sahaja.. "Erm...nampaknya hari Isnin nanti terpaksalah saya menghadapi satu lagi masalah", bisik hati kecil saya.
"Awak yang nampak kejadian tadi..hari Isnin nanti cikgu nak jumpa",pesan saya kepada beberapa orang murid yang berada di situ. Saya perlukan saksi untuk menjelaskan apa yang berlaku sekiranya ibu bapa pelajar datang untuk merujuk kes tersebut. Sepanjang perjalanan balik saya masih lagi diburu rasa kesal dengan sikap segelintir ibu bapa dan penjaga yang memandang remeh keselamatan anak mereka selepas tamat waktu persekolahan. Adalah perkara biasa terdapat antara pelajar-pelajar ini diambil selewat jam 3.00 petang. Siapa patut disalahkan jika berlaku hal-hal yang tidak diingini pada waktu begini..
Mungkin disebabkan kes-kes sedemikianlah ada segelintir teman-teman saya mahu segera pulang setiap hari Jumaat. Inilah padah yang saya dapat bila sering pulang lewat...Silap-silap nanti sekolah juga yang akan disalahkan kerana tidak mampu menjaga keselamatan anak mereka. Wahai ibu bapa dan penjaga di luar sana...tolonglah prihatin sedikit dengan keselamatan anak-anak anda. Ambillah anak-anak tepat pada waktunya. Janganlah hanya berharap pada sekolah walaupun ada pengawal keselamatan. Anak-anak kecil belum panjang akalnya. Dalam gurau pun mungkin mendatangkan bahaya.Malang tak berbau..Bayangkan jika tiada siapa lagi di sekolah masa itu..Selamatkah mereka?
Posted by Maya at Friday, May 11, 2012 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Hak Yang Dinafikan..
"Haa ada lagi..ni pindah ke sini kes apa pulak?", dari jauh saya terdengar suara lantang Kak Asiah..pembantu am di pejabat. Saya yang baru saja turun dari kereta mempercepatkan langkah. Sememangnya hal-hal yang berkaitan pelajar amat sinonim dengan tugas rutin seharian saya. "Apa halnya tu Kak Asiah..pagi-pagi dah berleter",saya menegurnya. Kadang-kadang saya risau dengan mulutnya yang agak pedas bila berbicara..cakap lepas kata orang. Bimbang apa pandangan pihak luar jika cara kita menyambut tetamu diberi tanggapan negatif. " Ni haa cikgu, budak baru pindah..katanya tak pernah bersekolah..dah darjah 4..entah apa masalahnya..",tambahnya lagi dengan wajah kelat. "Oh, sekejap lagi minta dia berjumpa dengan saya ya..",sambil mata saya melirih ke arah seorang wanita bersama anaknya yang duduk di pondok bacaan sekolah.
Apabila loceng masuk ke kelas berbunyi saya bergegas masuk ke bilik kerja saya. Telah sedia menanti di situ wanita tadi bersama anaknya. Setelah menyelidiki umur anaknya,saya segera mengarahkan Kak Asiah membawa pelajar tersebut berjumpa guru kelas tahun 4 Bijak. Saya hanya ingin berbicara dengan penjaga pelajar ini untuk mengetahui sebab musabab kelewatan anaknya didaftarkan. Pelajar ini telah tercicir untuk jangka masa hampir empat tahun. Adalah menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan jika ibubapa atau penjaga gagal menghantar anak mereka ke sekolah..Hak setiap anak untuk menerima pendidikan yang diberikan secara percuma.
"Apa masalah puan sebenarnya sehingga Andy Putra tu tidak pergi ke sekolah?", tanya saya perlahan sambil membelek-belek dokumen yang diserahkan kepada saya. Kalau ikut pandangan mata kasar saya, wanita itu bukanlah dari golongan susah. Pemakaiannya juga kelihatan 'moden'. Dia merenung tepat ke arah saya, lantas bersuara agak perlahan. "Anak saya tak ada surat beranak cikgu..". "Ayahnya orang seberang dan tidak ada permit yang sah di sini ketika kami berkahwin..sekarang dia dah dapat taraf penduduk tetap,sambungnya lagi. "Oh..pendatang haramlah ni",hati saya berbisik. Pelbagai soalan saya tanya untuk kepastian walaupun itu membuat dia rasa kurang selesa. Walau bagaimanapun akhirnya dia dengan sukarela menceritakan masalahnya sejak mula tanpa dipinta. Mungkin saya tidak menunjukkan rasa kurang senang atau bersikap sambil lewa ketika itu. Masalah itu selesai dan anaknya diterima kerana dokumen yang diperlukan semuanya lengkap. Rasa kelegaan terpamer di wajahnya dan berkali-kali dia mengucapkan terima kasih. Saya cuma mengangguk..tugas saya hanya mengikut prosedur yang telah digariskan.
"Macam mana budak yang baru masuk tu Cikgu Anis? Boleh ke dia membaca? Ada masalah?", saya bertanyakan perkara itu ketika berselisih dengan guru kelasnya. "Setakat ini ok je Kak Maya..dia boleh membaca bila saya suruh tadi",jelas Cikgu Anis. Ada rasa kagum di hati.. Saya ingin bertanyakan perkara ini dengan Andy nanti. Pelajar-pelajar kelas pemulihan yang datang ke sekolah pun masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis. Mesti ada rahsia yang boleh dipelajari..
"Nama awak siapa?",saya menyoalnya walaupun nama itu masih saya ingati. Nama yang agak asing sedikit bagi pelajar melayu. Dia menjawap dengan yakin sambil memandang tepat ke arah saya. "Andy pernah sekolah tak sebelum datang ke sini",saya bertanya lagi. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya. "Dah tu Andy belajar membaca dengan menulis di mana", saya agak hairan sedikit. "Ibu yang ajar...hari-hari ibu ajar Andy membaca dan menulis",laju dia menjawab. ""Semua buku sekolah macam kawan-kawan Andy ada..ibu yang ajar..".Saya termangu mendengar kata-katanya itu. Sungguh tak terduga ada ibu yang mengambil berat sedemikian rupa demi masa depan anaknya walaupun dirinya tersepit dengan kemelut masalah yang berpanjangan. Terngiang-ngiang di telinga tentang perit jerih wanita tadi berjumpa dengan pelbagai pihak yang adakalanya begitu menjengkelkan. Banyak juga jari yang menuding ke arahnya bila tersilap langkah..
Bagi diri saya..setiap manusia menjalani kehidupan dan mempunyai takdir yang berbeza dalam hidup. Siapalah kita untuk menghukum..Jika ada yang boleh dipermudah..mudahkanlah agar kanak-kanak yang tidak bersalah ini tidak menjadi mangsa birokrasi yang berpanjangan. Amat malang sekiranya anak-anak yang mempunyai potensi dan cerdik sebegini terpaksa menerima hakikat hak mereka dinafikan akibat kesalahan ibu bapa mereka pada masa lampau. Terlalu banyak kisah-kisah begini dipaparkan di dada-dada akhbar..dan biasanya apabila telah dipolitikkan kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. Mengapa begitu?
Saya menarik nafas panjang apabila mengenang nasib kanak-kanak yang boleh digolongkan dalam pelbagai kategori ini. Sekolah umpama sebuah gedung besar yang menyimpan seribu satu macam kisah anak-anak yang mempunyai pelbagai identiti yang bercelaru ini...dan yang pasti kisah-kisah mereka tersimpan selamat atas tanggungjawab yang telah diamanahkan demi kebaikan dan harga diri pelajar-pelajar tersebut..
Posted by Maya at Monday, April 30, 2012 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Adakah Mimpi Satu Petanda?
Astgharfirullah al azim..entah berapa kali tidur saya terganggu malam tadi dengan mimpi-mimpi yang membuat hati resah dan gelisah..baru saja dapat melelapkan mata, mimpi itu datang kembali..umpama satu kisah dalam filem yang sedang dalam pembikinan..Petanda apakah ini..kedinginan penghawa dingin tidak dapat menyejukkan dan menghilangkan perasaan resah yang melanda..
Teringat kepada seorang sahabat yang begitu taksub mencari tafsiran mimpi di sekolah.."Kak Maya tau tak maksud kalau mimpi begini..mimpi begitu..", itulah ayat yang sering dilontarkan Saida kepada saya setiap kali bermimpi. Saya sering memberikan jawapan yang spontan dan itu membuat dia bagai cacing kepanasan. " Kak Maya serius ke ni..?", dan biasanya saya cuma tergelak melihat gelagatnya.. Pastinya aktiviti dia bertambah hari itu untuk mencari firasat mimpinya. Kebetulan pula di pusat sumber sekolah saya ada sebuah buku mengenai firasat mimpi. Mungkin hanya kebetulan apa yang dimimpinya membawa maksud yang bersamaan dengan firasat yang dibacanya..
Saya hanya suka mendengar tetapi belum lagi ingin mengaitkan mimpi-mimpi yang dialami dengan firasat-firasat itu. Membacanya pun saya takut..bagi saya mimpi hanya sekadar permainan tidur atau gangguan syaitan yang ingin menyesatkan. Jika benar sekalipun dengan apa yang dimaksudkan..semuanya adalah kebetulan dan sememangnya telah dalam perancangan Allah..
Dalam takut-takut, sempat juga jari jemari ini menaip laju mencari halaman yang berkaitan dengan mimpi yang saya alami..Sebenarnya saya bermimpi Tsunami datang melanda tempat saya tinggal. Saya dapat merasakan keletihannya seolah-olah saya memang betul-betul cuba menyelamatkan diri bersama keluarga dan jiran tetangga. Mungkin sebelum ini saya terlalu banyak membaca berkaitan perkara tersebut agaknya (Tsunami di Indonesia).
Akhirnya ketukan jari dan tatapan mata saya terhenti di sini..
Inilah antara tafsir mimpi yang saya dapat :
-wang
-kemeriahan
-penambahan dalam perniagaan
-pendapatan
-perkahwinan
Macam-macam tafsir mimpi yang keluar.... saya nak pilih yang no.2, no. 5 dan no.7 je boleh?
Posted by Maya at Monday, April 30, 2012 5 comments
Labels: UMUM
Mengapa Ada Dusta (episod akhir)
"Kak Maya...", panggilan itu menghentikan tumpuan saya yang sedang khyusuk membaca surat khabar di pusat sumber. Saya segera berpaling ke arah suara itu. " Eh, Ani...panggil Kak Maya ke tadi?, saya sengaja mengulang soalan yang agak kurang bijak..walaupun saya tahu hanya kami berdua berada di situ..Ani mengangguk sambil tersenyum manis..."Lawa sungguh budak ni..macam anak dara..patutlah ramai peminat",bisik hati saya.
"Saya nak tanya sikit pada Kak Maya boleh tak?",dia berkata tanpa memandang ke arah saya. Ada rasa serba salah pada riak wajahnya..Saya membalas dengan mengangguk sahaja..entah apa sebabnya terasa kelu pula lidah..atau saya sendiri berasa serba salah bila berhadapan dengannya..mungkin disebabkan khabar angin yang bertiup kencang itu..
"Betul ke Puan GB ( guru besar ) ada cakap sesuatu pada mesyuarat minggu lepas mengenai saya kak ?", agak terketar dia bertanyakan soalan itu. Saya memandang tepat ke wajahnya..ada rasa serba salah untuk menjelaskan hal sebenar. Seingat saya memang hal tersebut ada dinyatakan dengan jelas dalam mesyuarat tempoh hari. Siapa yang makan cili memang terasa sangat pedasnya ketika itu. Malangnya Ani tidak hadir pada hari tersebut tetapi pasangan yang digosip dengannya ada..membiru muka dan pastinya beliau begitu tersentak dengan teguran yang terkena batang hidungnya sendiri walau tidak dinyatakan siapa yang terlibat. Kami hanya berpandangan sesama sendiri..
"Kak Maya nak tanya ni..betul ke apa yang Kak Maya dengar selama ini?", saya pula membalikkan persoalan tersebut padanya. "Sebelum Kak Maya beri pendapat dan nasihat elok Ani jelaskan pada akak..", saya merenung tepat ke matanya..inginkan sebuah jawapan yang pasti..tidak lagi mahu berteka teki bila sudah berhadapan dengan yang empunya diri.
"Orang dah salah anggap tu kak..Ani tak ada apa-apa pun dengan Cikgu lim tu..kami cuma berkawan je..", Ani cuba menjelaskan dengan nada bergetar..seolah-olah masih cuba menyembunyikan sesuatu. Saya masih memandang tepat ke wajahnya..mungkin masih tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan atau saya tidak melihat adanya kejujuran dalam jawapan yang diberikan. "Ani tengok akak sini...cuba Ani jelaskan hal yang sebenar...akak tak mahu Ani selindungkan sesuatu jika ingin pendapat atau nasihat Kak Maya..", saya agak berkeras sedikit..tidak mahu perkara ini berlarutan dan tidak berpenghujung..
"Ermm..kan senang kalau Ani berterus terang begini..", saya menghela nafas sedikit lega bila segalanya jelas. Sebagai seorang kakak dan dengan sedikit asam garam kehidupan yang dimiliki..saya hanya mampu memberi nasihat yang terbaik untuk dia sendiri memikirkan..letakkan agama paling atas dalam apa jua yang kita lakukan..InsyaAllah kita akan terhindar dari melakukan perkara yang ditegah..Jika kaum lelaki syurga terletak di bawah telapak kaki ibu..kaum wanita yang bersuami pula boleh memilih mana-mana pintu untuk memasukki syurga jika ketaatan berlandaskan agama menjadi pegangan..
Hampir sejam masa 'free' saya dihabiskan bersama Ani..Ada airmata yang membasahi wajahnya yang ayu itu..airmata keinsafan atas ketelanjurannya menyimpangkan hati pada orang yang tidak berhak..Syukurlah dia cepat tersedar dari mimpinya..mimpi indah yang mungkin menjadi mimpi ngeri jika tidak ada siapa yang mengejutkannya..mimpi indah yang memungkinkan kita akan kehilangan segala-galanya..
Posted by Maya at Monday, April 30, 2012 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Pencarian Yang Pasti..
Hasil Karya : Maya Kirana
Posted by Maya at Monday, April 30, 2012 0 comments
Labels: HASIL KARYA
Yang Kau dan Aku Rasa..
Terucap namamu
Saat kau jauh aku merindukanmu
Waktu kau terlelap aku terjaga
Ketika melihat kau terdampar
Ku di sini mampu merasakan apa yang kau rasa,
Posted by Maya at Monday, April 30, 2012 0 comments
Labels: HASIL KARYA
Tumpah Lagi..
Sambil jejari ini pantas menaip di 'key board'..sepantas itu jugalah fikiran saya menerawang jauh..jauh hingga ke selatan tanah air. Entah mengapa fikiran dan perasaan ini terhenti pada hal yang satu ini...terkenang adik saya yang masih lagi dalam keadaan yang kurang stabil di sana..pastinya dia akan 'boring'..kata-kata yang sering dilontarkan kepada saya setiap kali saya melawat dan berada di sisinya..
Dugaan yang diterimanya terlalu berat..jika ditakdirkan dengan kehidupan sebegitu..pastinya saya belum tentu mampu setabah adik..pelbagai onak dan duri ranjau sentiasa menemani hidupnya..hanya ketabahan yang dimilikinya menjadikan dia adik yang cukup hebat di mata saya..Di saat kebahagiaan berada di depan mata dan dalam genggaman..musibah datang menimpa..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..sakitnya hanya adik yang tahu..yang merasainya..
Saat jantungnya terhenti seketika tempoh hari..seakan menjadi mimpi yang cukup mengerikan buat saya dan keluarga..sejak saat itu kami silih berganti menjaga dan menemaninya..Kuatkan semangatmu wahai adikku..
Airmata ini tumpah lagi...
Posted by Maya at Sunday, April 29, 2012 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Berkorban Sedikit
KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera
diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun
dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai
kemaluan penjenayah terbabit.
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan
Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang
berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.. ( petikan dari akhbar Utusan Malaysia Online..)
Berita yang terpapar di dada-dada akhbar pada minggu lepas menarik ramai pembaca wanita untuk berasa kagum dengan seorang mangsa yang hampir-hampir dirogol. Respon spontan mereka ialah " Allah dah bayar "cash" di dunia lagi..padan muka! Kejadian yang menimpa mangsa seolah-olah memberi semangat untuk masing-masing bertindakbalas jika sesuatu berlaku terhadap diri.
Kalau tidak ada ilmu mempertahankan diri seperti silat atau tae kwan do rasanya susah juga untuk bertindak balas dalam saat-saat genting sebegitu. Sehinggakan teman-teman Maya berhajat untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri pula. "Jom, kita join budak-budak silat atau tae kwan do di padang tu..," seloroh Kak Yati yang akan pencen tahun depan. "Akak bersemangat ni..", sambil menyingsing lengan bajunya lalu disambut dengan gelak tawa yang memecah keheningan pagi itu di kantin.
Tidak sia-sia rasanya saya menghantar anak gadis saya ke kelas tae kwan do selama ini. Sejak anak saya di sekolah rendah lagi ( sekolah aliran cina ) dia telah menguasai ilmu mempertahankan diri ini. Saya lebih suka dia terlibat dengan aktiviti sedemikian berbanding aktiviti yang lain. Ada juga faedahnya jika berlaku perkara-perkara kecemasan sebegini..Nauzubillah..moga dijauhkan dari terjadi pada diri kita, kaum keluarga juga sahabat handai. Hidup di dalam dunia yang semakin penuh pancaroba ini memaksa kita sebagai ibu bapa untuk melakukan sesuatu demi kebaikan dan keselamatan anak dan keluarga.
Berkorbanlah sedikit untuk aktiviti sebegini..usahlah lagi kita banyak membazirkan peruntukan kewangan pada hal-hal yang kurang berfaedah seperti mengumpul koleksi hiasan rumah, menukar langsir saban tahun atau berlumba-lumba sesama jiran tetangga mengenai apa yang dia ada..atau yang kita ada..Dahulukan mengikut keutamaan, dan tidak pula menjadi kesalahan jika kita mempunyai lebihan untuk memiliki apa yang kita minati itu. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri..jangan sampai biar papa asal bergaya..
Saya sendiri secara peribadi cukup seronok dan amat berbangga sekali bila anak-anak murid di tempat saya bertugas mampu menempatkan diri mereka antara yang terbaik dalam ilmu persilatan ini. Cukup mengagumkan aksi mereka dan pastinya mereka ini akan terhindar dari aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Sudah sampai masanya kita melangkah seiring dengan kaum-kaum yang lain di mana menuntut ilmu dalam pelbagai bidang itu satu keutamaan yang paling teratas.
Posted by Maya at Saturday, April 28, 2012 0 comments
Labels: UMUM
Tabah dan Kuatkan Semangat..
Jam 3.00 ptg saya dah tercongok depan komputer. Hajat di hati ingin menyambung kisah "Mengapa Ada Dusta episod 3"..nampaknya kisah tersebut bolehlah saya tamatkan setelah semuanya terungkai..bila nak sambung tu ? Saya pun tak dapat berjanji dengan diri saya sendiri..mood sedang lintang pukang kerana sering memikirkan kesihatan adik saya di Johor yang agak tidak stabil ketika ini..
Setiap minggu saya berulang alik dari Perak ke Johor Bahru untuk sentiasa memberinya semangat atas dugaan yang menimpa..Minggu ini saya tidak dapat balik ke sana atas tuntutan kerja yang memerlukan saya untuk menguruskannya..Semoga adik terus tabah dan kuatkan semangat..Kak Maya dan sahabat-sahabat di sini sentiasa mendoakan adik akan pulih seperti sedia kala..InsyaAllah..
Posted by Maya at Friday, April 27, 2012 3 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Berikanlah Kesembuhan Padanya Ya Allah..
Posted by Maya at Thursday, April 26, 2012 2 comments
Labels: UMUM
Mengapa Ada Dusta ( episod 2 )
Pagi Isnin seperti biasa satu perhimpunan rasmi diadakan dan...mata ini begitu cepat melirih ke arah dua orang teman silih berganti.."Ah, tak mungkin...",desis hati mengatakan. Tumpuan saya sedikit terganggu dengan perkhabaran yang disampaikan oleh Hana tempoh hari. Rasa kesal kerana mendengar sesuatu yang saya sendiri tidak berminat mengetahuinya..dan sedikit kecewa jika ianya benar-benar berlaku..
"Eh, betul ke apa yang saya lihat ni..", seharian saya seolah-olah menjadi seorang perisik yang ingin mengesan penjenayah. Saya melihat pasangan yang diperkatakan itu saling berbalas senyum dan memberikan isyarat mata dan berjalan beriringan ke kantin. Saya hanya mampu memandang dan fikiran seakan-akan ingin mengiakan apa yang disampaikan oleh Hana itu. Mungkin hanya kebetulan..dan sebagai rakan seperjuangan apa salahnya ke kantin untuk makan bersama-sama. Saya juga sering makan bersama teman berlainan jantina semasa bekerja..Adakah itu suatu kesalahan dan boleh dianggap ada hubungan intim?
"Kak Maya perhatikan betul-betul, setiap masa terluang pasti mereka akan bermain 'SMS'. Haaa.. nampak tak Kak Maya? Hana seakan mahu saya percaya apa yang telah disampaikannya itu". "Ishh...Hana ni, entah-entah dia 'SMS' keluarganya..jangan cepat sangat buat andaian yang bukan-bukan..", saya cuba menidakkan kata-kata Hana. "Eeeii Kak Maya ni....haa tengok! mereka senyum-senyum serentak tu", Hana berbisik sambil tergelak kecil. Saya menjegilkan mata pada Hana sebagai isyarat berhati-hati. Saya tidak mahu ada masalah lain pula yang timbul..Bertugas di satu bumbung yang sama, saya tidak mahu ada di antara kami berselisih faham dan saling curiga-mencurigai hingga menjejaskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk mendidik anak bangsa.
"Haa..tu nak ke mana pula..", saya menjerit kecil ketika Hana tiba-tiba melangkah laju meninggalkan saya terpinga-pinga.. "Hahaha..ada panggilan kecemasan la Kak Maya.. ", terkekeh-kekeh dia tergelak menuju ke bilik air. "Ishhh..budak ni", gerutu hati kecil saya..seraya menyambung tugas yang sedikit sebanyak terbengkalai disebabkan 'gosip'yang tidak lagi saya ketahui kebenarannya...
Posted by Maya at Thursday, April 19, 2012 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Laksa Johor
Satu lagi makanan yang popular dan sinonim dengan masyarakat Johor ialah Laksa Johor. Laksa Johor berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia kerana ia tidang menggunakan mi kuning atau mi laksa putih yang biasa digunakan bila kita menyediakan hidangan mi. Sebaliknya laksa Johor begitu sedap dimakan kerana ia menggunakan speggeti dan tidak muak bila dimakan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah laksa Johor agak rumit dan mahal (ikan tenggiri paling baik tetapi boleh digantikan dengan ikan kembung). Kemungkinan sekali laksa Johor jarang sekali terdapat di pasar-pasar malam atau gerai makan kerana kos membuatnya lebih tinggi. Saya sering menerima permintaan untuk menyediakan laksa Johor ketika mengadakan rumah terbuka pada hari raya oleh teman-teman. Laksa Johor hasil air tangan saya sememangnya boleh tahan juga...keenakkannya. Saya paparkan salah satu resipi laksa Johor yang agak menarik untuk dicuba..
Minyak untuk menumis
Bahan Hiasan
Posted by Maya at Thursday, April 19, 2012 0 comments
Labels: RESEPI
Mi Bandung Muar
Bila menyebut bandar Muar, Johor ( kampung kelahiran saya) pasti di dalam fikiran tergambar mi bandung Muar yang begitu enak sekali. Sepanjang saya bermastautin di negeri kelahiran suami di Perak ni, saya belum lagi terjumpa mi bandung yang seenak di tanah tumpah darah saya itu. Saya sendiri pun belum lagi mampu menyediakan hidangan mi bandung yang serupa itu..cuma mungkin ianya lebih sedap berbanding yang terdapat di sini ( pendapat teman-teman yang telah merasai masakan mi bandung saya ). Di sini saya paparkan resipi mi bandung bagi mereka yang berminat mencubanya..
Posted by Maya at Thursday, April 19, 2012 0 comments
Labels: RESEPI
Mengapa Ada Dusta ( episod 1 )
"Kak Maya...", terdengar satu suara halus seakan menganggu di cuping telinga saya. Bila berpaling saja ke belakang, kelihatan Hana berlari-lari anak menuju ke arah saya. "Eh, apa kena dengan Hana ni !", hatiku berbisik. Ada mata-mata yang memandang ke arah kami. Mungkin sedikit hairan melihat Hana yang bersaiz agak besar itu terkocoh-kocoh mendapatkan saya. Seperti ada sesuatu yang maha penting untuk disampaikan..
Sebaik berada di depan Maya, dia termegah-mengah kepenatan. Lucu pun ada melihat gelagatnya..Tarik bafas...lepas...dia seolah-olah memberi arahan kepada dirinya sendiri sambil tersenyum memandang ke wajah saya. "Kak Maya dari mana?..seorang je ke..? abang tak ikut..? , bertubi-tubi soalan diajukan tanpa memberi ruang saya menjawab. "Aha..Kak Maya sorang je ni...jomlah kalau Hana nak belanja Kak Maya..", saya sengaja mengusiknya. Hana menarik tangan saya menuju ke restoran yang betul-betul bersebelahan tempat kami bersembang. Saya mengikut tanpa banyak soal...seperti dipukau.. gamaknyalah sebab saya tak pernah mengalaminya..
"Masalah besar ni Kak Maya...Kak Maya tau tak?", bersungguh-sungguh Hana cuba menyampaikan sesuatu yang membuat saya sendiri terpinga-pinga. " Apa halnya ni Hana..? Cubalah bawa bertenang..cerita satu-satu..", saya menepuk-nepuk bahunya. "Panjang ceritanya Kak Maya..tapi Hana pendekkan ya..", dia sendiri membuat keputusan sambil matanya memandang ke kiri dan kanan. "Haa.. nak mengumpatlah tu..melingas je biji mata tu...", Hana tergelak kecil. Saya turut tersenyum melihat gelagatnya.
"Kak Maya nak minum apa?, biar kali ini Hana belanja. Kak Maya 'order' je", sambil tangan melambai-lambat ke arah pelayan restoran tersebut. "Alang-alang orang nak belanja ni , Kak Maya nak makan macam-macamlah", saya sengaja mengusiknya lagi. "Kak Maya nak oren jus je Hana, perut masih kenyang..lagipun Kak Maya tak boleh lama..gurl Kak Maya tu ada tusyen petang ni..", saya memberi penjelasan pada Hana sebagai isyarat dia kena cepat-cepat memberitahu perkara penting itu. "Kak Maya tau tak Kak Ani tu ada 'affair' dengan cikgu Lim. Mereka semua dah hebuh kak...", Hana memberitahu hal itu dengan bersungguh-sungguh. "Oh, mungkin mereka hanya berkawan baik je..jangan cepat sangat membuat spekulasi..takut jadi fitnah..berdosa kita..", saya tidak menunjukkan rasa terkejut mendengar berita tersebut. Saya tidak harus melatah dengan sesuatu yang saya sendiri tidak tahu kebenarannya.
Posted by Maya at Wednesday, April 11, 2012 0 comments
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Silat Pulut (Pengantin)
Begitu juga dengan bersilat dgn silat sembah pengantin atau silat pulut di hadapan pengantin. Silat Sembah Pengantin bertari dgn sembah hormat dan berjalan mengadap pengantin sebagai menghormati dan memuliakan pengantin sebagai Raja Sehari. Ada maksud dan falsafahnya kenapa perlu di'sembah' pasangan pengantin.
Apa pula kaitannya permainan silat pulut yg dilakukan dgn lemah lembut dan beradab di hadapan pengantin selepas melakukan tari sembah hormat pengantin?? Nak beri tumbukan jgn bagi kena dan jgn kuat. Nak kilas mengunci tangan pun jgn bagi habis kuncian. Jgn sesekali menjatuhkan pasangan silat pulut dihadapan pengantin dan orang ramai. Perkara utama dlm silat pulut dihadapan pengantin ialah jgn jatuhkan maruah atau beri aib dlm permainan silat pulut.
Adakah sesuai bagi jatuh dan berguling dalam silat pulut dan selepas itu nak meraikan majlis pengantin dgn bersilaturrahim dan menjamu selera? Sudah tentu tak mahu berpakaian kotor bukan?? Apa ertinya falsafah permainan silat pulut untuk dipersembahkan dihadapan pengantin? Setiap gerak permainan silat pulut bercerita kepada pasangan mempelai. Hidup rukun aman bahagia... diberkati Allah. Cuba fikirkan... Gerak mesti sama cerita untuk meraikan pasangan pengantin..
Posted by Maya at Sunday, April 01, 2012 0 comments
Labels: SENI SILAT