About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anak-anak Kita...

"Maya...engkau dah nampak ke ada burung belatuk di sekolah kita? tanya cikgu Hakim ketika saya berselisih jalan menuju ke kelas. "Burung belatuk?..Burung apa cikgu?, Saya ketika itu memang betul-betul tidak dapat menangkap maksud yang ingin cikgu Hakim sampaikan. "Kamu ni 'slow' la...cikgu Hakim tergelak melihat saya kebingungan. Cikgu Hakim guru disiplin yang memang terkenal dengan bahasa dan lawak kasarnya...sabar jelah...

"Budak Fadzli tahun 3 tulah...kamu tak nampak warna rambut dia...dah macam mat saleh celup aku tengok?",cikgu Hakim menjelaskan tanpa dipinta. Aha...baru saya teringat minggu lepas guru kelas murid tersebut ada memaklumkan kepada saya. Saya dah terlepas pandang kes ini, nasib baik cikgu Hakim mengingatkan. Mungkin kesibukan saya minggu ini menguruskan adik yang menjalani rawatan di sini menyebabkan saya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan di sekolah.

"Cikgu dah ambil tindakan ke?".Tanya saya. "Tindakan aku senang je Maya...bagi jer", jelas cikgu Hakim sambil ketawa. "Bagi jer" maksud cikgu Hakim tu saya sedia maklum, sudah pasti murid tersebut didenda atau dihukum. "Kalau begitu nanti saya panggil murid tersebut untuk dapatkan penjelasan lanjut", jawab saya seraya meneruskan langkah ke kelas. Hukuman seharusnya dikenakan sebagai peringatan kepada pelajar terbabit namun kita juga perlu mencari punca mengapa ia boleh berlaku. Kita harus memberi ruang pelajar terbabit memberi penjelasan.

"Oh...Fazli murid kelas pemulihan tu ke? hati saya berkata ketika melihat murid tersebut datang berjumpa saya. Murid ini sememangnya hiperaktif dan agak nakal... Ada teman mengatakan murid ni seperti tiada perasaan...kita marah pun dia tersenyum...sabar ajelah..."Cantik rambut awak Fazli...buat di kedai ke? tanya saya. Sambil tersengih-sengih menampakkan gigi rongaknya dia menjawab.."Kakak buatkan...adik pun kakak buatkan...tak boleh hilang". Tanpa ditanya  lebih lanjut dia menjelaskan dengan panjang lebar. "Kalau begitu cikgu botakkan rambut tu boleh? Nanti hilanglah...", saya menduga. "Tak mau...",dia mengeleng-gelengkan kepalanya.

Menghadapi kerenah murid sebegini adakalanya membuat saya tidak sampai hati untuk mengambil sebarang tindakan keras. Sebagai pelajar yang dikategorikan 'slow learner' dan lambat matang berbanding usia mungkin kejadian ini berlaku disebabkan persekitarannya yang tidak membantu. Secara peribadi, saya meletakkan kesalahan ini kepada ibubapa pelajar tersebut berbanding murid itu sendiri. Mungkin ibubapa akan memberikan pelbagai alasan....namun jika kita kenal anak kita sepenuhnya dan mengambil berat  kepentingan pelajaran mereka, perkara sedemikian dapat dielakkan.

Apa lagi yang saya dapat lakukan..kecuali menunggu rambut hitam yang baru tumbuh...saya sendiri tidak pasti boleh atau tidak warna itu dihilangkan menggunakan peluntur rambut. Saya hanya mengingatkan dan memberi amaran jika buat lagi..."cikgu botakkan kepala awak Fazli...Ingat tau...!". Dia mengangguk sambil matanya terkebil-kebil memandang saya. Faham ke budak ni... Ibubapa pelajar ini juga diingatkan akan kesalahan anak mereka yang melanggar peraturan sekolah. Begitu juga pelajar-pelajar lain juga diberikan penjelasan supaya tidak ada yang cuba-cuba melakukannya...

0 comments: