About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teruskan Menapak...

Persis keseksaan yang tiada penghujung,
Andai jalan ke neraka pilihan kita,
Azab tersedia begitu berat,
Api yang meliputi umpama khemah,
Dahaga dihilangkan dengan tembaga cair,
Membakar seluruh muka,
Amat pedih buat penghuninya...
Ayuhlah anak-anakku,
Bermula dengan langkah nan satu,
Terus menapak mencari ilmu,
Bergerak di bawah satu agama yang suci,
Kekalkan martabat diri,
Tingkatkan harga diri,
Jangan jadikan kita hamba syaitan,
Jadikan diri kita tuan,
Kita yang mampu membuat pilihan,
Ke arah kebaikan...
Tepuk dada tanyalah iman,
Perindahkan akhlak hiasi peribadi,
Sifat mahmudah yang cantik di mata tenang di jiwa,
Haruman kuntuman bunga syurgawi,
Semerbak mewangi,
Andai anakku merendahkan diri bersifat terpuji..
Ingatlah selalu anakku,
Jadilah anak yang baik dan membahagiakan,
Kedua ayahanda dan bonda,
Yang banyak berkorban jiwa dan raga...

Hasil Nukilan : Maya Kirana

0 comments: