"Mama...ada sms untuk mama..", terdengar jeritan kecil anak dara saya mengejutkan saya dari dibuai keasyikan menonton filem hidustan yang penuh warna warni itu. "Effa bacakan untuk mama jelah...mama dengar ni", saya menyahut tanpa mahu menghilangkan tumpuan dari skrin TV. "Maya...ada berita baik..kak long awak kena tukar sekolah ke...mesti awak menangis tanpa henti dengar berita ini.."...lancar anak dara saya membacanya. Tanpa bertanya pengirimnya saya amat pasti tentunya dari Kak Ani salah seorang kaki tangan pejabat di sekolah saya.
Saya tersenyum sendiri...ayat itu seakan menyindir saya ...
"Kak Long" gelaran yang diberikan kepada salah seorang rakan sejawat saya...dia memang popular di sekolah kami..terkenal dengan sikap garangnya pada pelajar...tegas dalam segala tindak tanduknya..."work smart" menjadi pegangannya tapi sayangnya menindas orang lain dengan cara paling halus dan sopan. Mungkin ini berita gembira yang selama ini dinanti oleh mereka yang merasa tertindas...Secara peribadi ,ada atau tiadanya kak long tidaklah memberi impak besar pada diri saya. Mungkin parut luka ketika baru memulakan tugas di sekolah ini membuat saya memberi penilaian yang agak negatif mengenai diri kak long. Kisah lama..saya pun tidak ingin mengingatinya, malahan saya jadikan itu sebagai panduan untuk saya tidak melakukannya pada orang lain.
"Kak Ani ni tak baik tau perli Maya macam tu...", saya terus mengucapkannya ketika terserempak dengan Kak Ani di pejabat. "Maya memang betul-betul sedih tau Kak Long pindah...", jawapan saya hanya membuat Kak Ani tergelak kecil. "Tak ada siapa yang bertanya dan peduli Kak Long awak tu...kasihan dia kan", Kak Ani bersuara sinis. Mungkinkah Kak Ani ada sejarah sendiri dengan Kak Long sehingga nadanya kedengaran begitu menjelekkan Kak Long.
Sebagai orang yang diberi sedikit 'kuasa' atau saya lebih suka menyebutnya sebagai tanggungjawab seharusnya kita mempunyai hubungan yang sihat dan baik dengan mereka yang berada di sekeliling kita. Apalah gunanya kedudukan jika saban hari hanya menjadi modal untuk orang lain menambah dosa...apabila kita sering mengandaikan diri kita adalah yang terbaik...maka di situlah jelas tergambar keegoan...perasaan syok sendiri...mementingkan diri...tidak menghargai....dan tanggapan bahawa segala yang buruk itu adalah berpunca daripada orang lain. Manusia sebegini tidak akan memikirkan kesan dari tindakannya...sedangkan banyak hati-hati yang terluka...
Semoga kita semua akan terus berada di landasan yang betul dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan...
Keegoan Tanpa Rasa...
Posted by Maya at Saturday, January 01, 2011
Labels: DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment