Peribahasa ini memberi makna seeorang wanita atau perempuan yang mencari pasangan atau ‘mengejar-ngejar’ seorang lelaki. Pada zaman dahulu perbuatan ini memalukan dan janggal dalam masyarakat. Perempuan seperti ini dianggap tidak mempunyai nilai ‘malu’ dan dilabel sebagai perempuan ‘tidak baik’.
Namun, pada zaman sekarang, perbuatan ‘lesung mencari alu’ sudah dianggap biasa dan tidak memalukan. Jodoh bukan sahaja boleh dicari oleh lelaki tetapi perempuan juga berhak mencari jodohnya sendiri dengan memilih lelaki yang diingini. Malahan, pada zaman nabi, Siti Khatijah yang merisik dan meminang nabi Muhammad s.a.w.
Walau bagaimanapun, jika diteliti, mengapa orang-orang lama mencipta peribahasa begini? Tujuannya adalah untuk memelihara maruah dan diri kaum wanita yang harus mempunyai nilai ‘malu’ yang tinggi sesuai dengan penciptaan wanita yang lemah lembut.Wanita yang terpelihara dengan sifat ‘malu’ akan mendidik jiwa menjadi wanita yang tahu menjaga maruah diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Tidak ada salahnya jika kita menggunakan peribahasa lama ini sebagai pendinding untuk memelihara diri dari perbuatan-perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah kita sendiri.
Lesung Mencari Alu (Antan)
Posted by Maya at Saturday, January 22, 2011
Labels: PERIBAHASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
perpektif dunia yang merendahkan alu kerana sifat menantinya itu, sedangkan di sisi agama alu ada haknya tersendiri. Cuma wajarlah alu mencari lesung dgn hikmah disebabkan sifat alunya itu.
Post a Comment