Hujung minggu ini merupakan dua hari yang sibuk buat saya. Skrin komputer ini akan menjadi saksi.. "Sambil menyelam minum air" begitulah diibaratkan. Menyiapkan tugasan dan juga mengemaskini blog saya.
Hari Isnin ini merupakan hari yang agak bersejarah buat diri saya dan juga sekolah amnya. Apa yang bakal terjadi...? Sebenarnya impian ini sudah lama ingin saya realisasikan di sekolah ini. Jika di sekolah menengah mempunyai majalah sekolah sendiri sudah menjadi trend semasa namun di peringkat sekolah rendah perkara ini belum menjadi kebiasaan. Selain kos yang agak tinggi...pengisian kandungan majalah yang bersesuaian juga merupakan satu kekangan.
"Buletin Sekolah" yang telah saya rancang sejak tahun lepas akhirnya akan menjadi kenyataan. Guru Besar memberikan persetujuan dan sokongan penuh untuk saya mengerakkan jawatankuasa ini. Mempunyai 3-4 orang ahli jawatankuasa sudah memadai untuk menghasilkan buletin atau akhbar sekolah ini. Saya hanya memilih teman-teman yang berminat sahaja untuk projek ini...
Hasil perbincangan kami dengan persetujuan Guru Besar, maka lahirlah buletin yang diberi nama"SEMARAK". Saya agak teruja dengan isi kandungan yang dipaparkan untuk keluaran sulung kami. Walaupun hanya mempunyai dua helaian dan empat muka surat, kami menggunakan ruangan semaksimum mungkin. Jawatankuasa juga bersetuju menetapkan harga buletin hanya 50 sen sahaja senaskhah. Wang tersebut digunakan untuk menampung kos mencetak dan juga hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan. Sangat kecil jika dibandingkan dengan maklumat yang akan diperolehi.
Selain berita semasa sekolah, artikel-artikel menarik juga disediakan. Kami juga menyediakan ruangan khas untuk warga sekolah berkarya dan istimewanya hadiah turut disediakan...Ini untuk menarik lebih ramai penglibatan warga sekolah...
Sambutan dan maklumbalas keluaran sulung ini akan menjadi titik tolak untuk kami merangka yang lebih baik pada keluaran kedua nanti...Semoga semuanya berjalan lancar...
Impian Menjadi Kenyataan
Posted by Maya at Friday, January 07, 2011
Labels: UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment