Dua minggu selepas persekolahan bermula, ruang masa tidaklah sepadat sebelum ini..Hari ini saya ingin memaparkan nukilan-nukilan sajak saya yang sekian lama tersimpan... Apabila berkarya khususnya dalam dunia puisi iaitu sajak...saya sering dibelenggu dengan persekitaran tugas saya sebagai pendidik. Idea dan ilham lebih mudah datang dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita.
Bagi diri saya, menghasilkan sajak lebih mudah berbanding cerpen. Sajak boleh dikatakan bebas atau tidak terikat dengan peraturan-peraturan manakala cerpen kita masih lagi perlu mematuhi pelbagai etika penulisan. Masa yang diambil juga singkat dan agak spontan...sedangkan untuk menghasilkan cerpen kita memerlukan masa yang lebih panjang dan daya kreativiti yang cukup baik untuk memberi kesan yang maksimum kepada pembaca.
Walau pun sajak yang saya hasilkan mungkin tidak menepati atau sempurna di kaca mata seorang penyajak tulen,namun bagi saya setiap sajak yang dihasilkan adalah luahan hati dan pandangan seseorang individu...
Koleksi Sajakku
Posted by Maya at Saturday, January 15, 2011
Labels: UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment