About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Benjol di dahi..

Di zaman yang serba moden ini , ada kalanya kita terlupa bahawa banyak petua-petua orang lama atau orang tua-tua kita yang boleh digunakan dalam kehidupan klita seharian. Kadang-kala di waktu berlakunya insiden-insiden yang tidak dijangka oleh kita, kita memerlukan satu tindakan serta-merta untuk membendung agar sesuatu yang kita tidak jangka itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada kita.

Pagi tadi seorang pelajar di sekolah saya telah terhantuk dahinya pada tiang besi di  kali lima. Walaupun tidak berlaku pendarahan tetapi dahinya membenjol besar. Sementara seorang rakan setugas berlari ke kantin sekolah untuk mendapatkan ais kiub untuk tujuan menuam, seorang teman dengan serta merta menghembuskan nafas berulang kali di tudung yang dipakainya. Teman tadi terus menekapkan haba yang terdapat di tudungnya ke dahi pelajar tersebut berulang kali. Menakjubkan dalam jangka masa yang singkat benjol di dahi pelajar tersebut susut dan mengempis tanpa kesan.

Apabila rakan saya yang mengambil ais sampai,dia pun turut terkejut kerana kesan pengunaan haba dari mulut kita sebenarnya lebih cepat bertindak berbanding cara tuaman menggunakan ais. Walaupun saya tidak dapat menerangkan proses ini secara saintifik, namun petua yang diwarisi ini boleh dijadikan amalan jika berlaku kecemasan sebegini.

Mungkin ramai yang sudah biasa dengan amalan ini, dan bagi yang belum tahu...anda bolehlah mencubanya jika mengalami musibah seperti yang saya ceritakan di awal tadi...

1 comments:

Alfandi said...

di negara barat ada yang menggunakan mentol lampu yang dibalut kain untuk tujuan tersebut, sebagai bantuan kecemasan...artikel yang menarik..