About Me

My photo
Melestarikan sebuah impian...blog ini merupakan satu wadah bagi diri saya untuk menggarap pelbagai genre penulisan dan juga menempatkan pelbagai koleksi warisan budaya melayu yang semakin pupus ditelan zaman..semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan mendapat manfaatnya..

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mencari Jawapan...

Sejenak aku termenung...
Merenung dari kejauhan,
Termangu dalam kesyahduan,
Kegundahan, keinsafan menjadi satu,
Bertanya pada diri,
Di sisi paling dalam,
Apa yang aku inginkan?
Bertanya lagi pada diri,
Hingga ke pelosok hati,
Apa itu keindahan?
Aku masih lagi termangu,
Ku pejam kedua-dua mata,
Cuba mencari sebuah jawapan,
Dalam hati yang sedang bimbang,
Ku gelengkan kepala,
Ku hembus nafas dalam-dalam,
Terasa berat desahannya,
Terasa sesak rasa di dada,
Dalam hati yang masih bimbang...
Namun aku belum temui jawapan...

Hasil Nukilan : Maya Kirana

2 comments:

haticurio - curioheart said...

السلام عليكم , kata orang, bila yang memandang telah melihat dan yang dilihatnya itu hakikat, maka gementarlah seluruh jiwanya lalu tawaduklah dia dalam senyum mengorak langkah yang tiada melainkan bahagia dan rela semata.wallahu'alam.

Maya said...

waalaikumsalam wbt,
Sungguh mendalam maksud yang tersirat.Telahan yang membuat saya terus terfikir, inikah jawapan yang saya cari...